Kalau buka bahagian filem-filem yang ditayangkan di akhbar-akhbar, aku tengok banyak filem-filem tempatan kita yang "berasaskan" filem seram. "SERU", SENJAKALA",DILARANG MASUK"MOMOK,JANGAN PANGGIL AKU"..dan banyak lagi filem-filem yang sebelum ni semuanya berkisar kisah seram. Di TV pun terikut-ikut buat filem seram.
kemungkinan cerita seram ni dapat memberi mesej-mesej yang lebih berkesan untuk penonton supaya menjadi seorang yang beperibadi yang baik.
Terfikir jugak aku mengapa tak banyak kisah-kisah sejarah difilemkan. Setahu aku ada beberapa saja filem sejarah yang difilemkan antara nya "Bukit Kepong" ,dan" Leftenan Adnan". Bagi aku filem Bukit kepong lebih menarik lagi dari filem Leftenan Adnan.
Kita ada banyak sejarah atau kisah yang menarik yang boleh difilemkan . Antaranya kisah buruh paksa yang membuat landasan maut di Burma pada tahun 1942. Pada Jun 1942, pemerintah tentera Jepun mula mengumpulkan pekerja bagi membina jalan keretapi dari Nong Pladuk, di daerah Kanchanaburi di Thailand, ke Thanbyuzayat di Burma.
Seramai 68,000 tahanan perang British, Australia, Amerika, New Zealand dan Belanda manakala 200,000 lagi buruh paksa India, China dan Melayu terlibat dalam pembinaan landasan maut itu. Sepanjang tempoh tiga tahun pembinaannya, seramai 16,000 tawanan perang maut dan lebih 100,000 buruh dari Asia itu dilaporkan meninggal dunia atau hilang. Sepanjang tempoh 1942 hingga 1946, sebanyak 72,000 rakyat negara ini menjadi buruh paksa, namun hanya kira-kira 30,000 orang sahaja selamat pulang
Bagi aku kisah ni memang menarik untuk difilemkan dalam bentuk hitam putih. Novel mengenai kisah ni telah pun dikeluarkan oleh PTS dan penulisnya ialah Salleh de Ran
http://sallehderan.blogspot.com/2010/07/landasan-maut-sejarah-hitam-perang.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berlalulah Ramadhan
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...
-
Hari Rabu yang lepas , lepas buat kerja di taiping, aku dengan seorang kawan ke rumah Kebajikan Nurkasih di Ulu Sepetang. Masa nak pi aku...
-
Pada 29hb Jun yang lepas ,rasanya semua sekolah mengadakan acara sukan sekolah. Sempat berbual dengan guru besar, memang padat jadual . Sepa...
-
Tragedi pada 7 Jun 1962 lenyapkan satu pertiga daripada pekan Port Royal di Jamaica SEKITAR jam 11.40 pagi pada 7 Jun 1692, bandar pelabuh...
No comments:
Post a Comment