Haytai - Part 1

 17 Disember 2011, aku dengan beberapa orang kawan sepejabat bertolak ke Hatyai . Kami berkumpul di Bukit Kayu Hitam. Mula-mula aku dah tempah sebiji Van dengan harga RM140.00 , kiranya dah bayaq dan dapat resit dah , number van pun dah tau . Bila dah chop passport ,orang yang bagi resit tadi kata van tak dapat hantaq ke hatyai denga harga tu, maksudnya depa up lagi harga la waktu cuti sekolah ni . La .punggah.. dengan budak-budak lagi. Dia pun bagi balik duit kami . Dia kata kami boleh dapat van di di Dannok. Kena jalan kaki dalam 600m. Nasib baik budak-budak tak bising. Baru jalan 300m ada sebuah van berhenti kat kami dan tawarkan harga yang murah. Apa lagi teruss angkat beg naik van. Luas van siam ni boleh naik dlam 12 orang . Aku dok depan senang nak ambik gambaq.
 Bila dah lepas chop passport kat Thailand ( aku first time masuk Thailand dengan berchop sebab selama ni aku masuk Dannok secara haram hihih). Pemandu van bawa kami tukaq duit.. masing-masing tukaq duit dengan budget masing-masing . Tukaq RM 400.00 dapat la 3 ,7** batt ( aku dah lupa angka sebenar). kiranya RM 350.00 lebih kurang
 Dok tengah tukaq duit. nak ingat senang saja 3000 batt sama dengan RM300.
 Lepas tukaq duit ,kami cari sim card Thailand pulak supaya senang nak contact. kalau pakai celcom ata maxis Malaysia.. jenuh la bill. Pemandu kat Thailand ni nak kata patuh dengan undang-undang tu memang tak patuh sungguh. sat-sat potong kiri ,sat-sat potong kanan, lampu merah pun depa redah macam tu saja . Aku yang dok depan kaki dok kira macam dok tekan brek..

 Lupa bagi tau . Driver kami ornag Thailand Muslim nama Nan. Mula-mula naik dia dah bagi tau aircond ( aku dengaq macam account) dia rosak. Dia singgah sat kat bengkel. Yang baju biru tu Nan.

 Jalan Ke Hat Yai. Aku dok perati tiang letrik dia nampak macam serabut tapi tersusun.
Ni la yang aku kata potong kot kiri. Nan kata kalau dok ikut belakang lama la tunggu . Nan memang peramah, aku dok depan layan dia sembang. Dia pun tau perkembangan politik Malaysia ,sampai TPM tua dari PM pun dia tau..mak aii.. rajin internet kot Nan ni.
Bersambung..


Penghijrahan Diri

"Pejam celil pejam celik dah tahun 2012"
"Sat saja rasa dah nak habis tahun"
"Azam aku tahun baru ni ......."
Bila nak hujung tahun selalunya ayat-ayat macam ni selalu kita dengar. Samada dari kita sendiri atau dari orang lain. Kalu nak ikut kita dah sambut tahun baru Hijrah pada 1 Muharram 1433 yang lepas. Masa tu la kita pasang azam atau penghijrahan diri (aku pinjam dari seorang ustaz masa dia buat ceramah  kat pejabat aku)

Penghijrahan diri ni tak perlu buat list panjang-panjang. Takut tak terbuat. kalau boleh buat kira baguih la. Ustaz tu kata kalau nak buat buat satu. Azam yang patut ada dalam setiap orang muslim kata dia ialah azam tak nak tinggal solat fardu 5 kali sehari. Ni umoq dah nak hujung 30an pun dia kata ada yang dok latah lagi ..Tekoh-tekoh ( kadang-kadang) buat,tekoh-tekoh tak buat. Piung..kena sedas..kat kami.

Kemudian bab kerja..Ada orang kerja semata-mata kerja saja . Cukup bulan ambik gaji. Jarang orang pandang kerja ni sebagai ibadah. Kalau kerja dengan tanggung jawap tanpa hasad dengki,Selalunya kat tempat kerja suntikan seperti " kawan tu buat kerja sikit" ",ni bukan kerja aku. ".

Apa-apa pun harapan semua orang tahun ni 1433 atau tahun depan 2012 semoga kita semua dalam keadaan yang dirahmati Allah.




































Kayuhan 25km/j

Hari Sabtu lepas 3 Disember 2011, aku, Ehsan, Zubir, Zaffry dengan Sam kayuh basikal dengan target 60km dengan kelajuan 25km/j. Ada sebab kami kayuh selaju tu.  Tak tau lah.laju ka dak, bagi setengah orang tak laju tapi bagi kami 25km/j tu kalau nak maintain ..jenuhla jugak.

 Start dari Taman Seri Serdang, kami start kayuh, masuk ke Permatang Tok Gelam, Semua jalan tali air. Samap di Teluk Air Tawar kami patah balik ke Penaga, singgah sat kat kampung benggali
 Rehat sat di tepi laut.
 
 Alang-alang dah sampai sini snap sat. Aku guna basikal Zaffry sebagai pelakun tambahan

 Lepas tu kami terus ke pekan penaga ,makan roti canai.Tambah balik lemak yang hilang tadi.




Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...