Haytai - Part 1

 17 Disember 2011, aku dengan beberapa orang kawan sepejabat bertolak ke Hatyai . Kami berkumpul di Bukit Kayu Hitam. Mula-mula aku dah tempah sebiji Van dengan harga RM140.00 , kiranya dah bayaq dan dapat resit dah , number van pun dah tau . Bila dah chop passport ,orang yang bagi resit tadi kata van tak dapat hantaq ke hatyai denga harga tu, maksudnya depa up lagi harga la waktu cuti sekolah ni . La .punggah.. dengan budak-budak lagi. Dia pun bagi balik duit kami . Dia kata kami boleh dapat van di di Dannok. Kena jalan kaki dalam 600m. Nasib baik budak-budak tak bising. Baru jalan 300m ada sebuah van berhenti kat kami dan tawarkan harga yang murah. Apa lagi teruss angkat beg naik van. Luas van siam ni boleh naik dlam 12 orang . Aku dok depan senang nak ambik gambaq.
 Bila dah lepas chop passport kat Thailand ( aku first time masuk Thailand dengan berchop sebab selama ni aku masuk Dannok secara haram hihih). Pemandu van bawa kami tukaq duit.. masing-masing tukaq duit dengan budget masing-masing . Tukaq RM 400.00 dapat la 3 ,7** batt ( aku dah lupa angka sebenar). kiranya RM 350.00 lebih kurang
 Dok tengah tukaq duit. nak ingat senang saja 3000 batt sama dengan RM300.
 Lepas tukaq duit ,kami cari sim card Thailand pulak supaya senang nak contact. kalau pakai celcom ata maxis Malaysia.. jenuh la bill. Pemandu kat Thailand ni nak kata patuh dengan undang-undang tu memang tak patuh sungguh. sat-sat potong kiri ,sat-sat potong kanan, lampu merah pun depa redah macam tu saja . Aku yang dok depan kaki dok kira macam dok tekan brek..

 Lupa bagi tau . Driver kami ornag Thailand Muslim nama Nan. Mula-mula naik dia dah bagi tau aircond ( aku dengaq macam account) dia rosak. Dia singgah sat kat bengkel. Yang baju biru tu Nan.

 Jalan Ke Hat Yai. Aku dok perati tiang letrik dia nampak macam serabut tapi tersusun.
Ni la yang aku kata potong kot kiri. Nan kata kalau dok ikut belakang lama la tunggu . Nan memang peramah, aku dok depan layan dia sembang. Dia pun tau perkembangan politik Malaysia ,sampai TPM tua dari PM pun dia tau..mak aii.. rajin internet kot Nan ni.
Bersambung..


No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...