Mayat Nor Aini Shafnie Mohd Azizi, 15, ditemui di tepi motosikal yang dinaikinya oleh seorang pemandu lori kelapa sawit yang dikenali sebagai Yusuf Mohd, yang kebetulan lalu di kawasan itu, kira-kira jam 6 petang. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata mangsa yang juga anak bongsu daripada 10 beradik kali terakhir dilihat keluar rumah seorang diri dengan menunggang motosikal Kriss pada 3 April lalu. Beliau berkata, selepas mangsa tidak pulang ke rumah hari itu, kakaknya, Norhayati Mohd Azizi, membuat laporan di Balai Polis Gua Musang pada jam 4 pagi hari berikutnya.
Jalaluddin berkata, berikutan polis menahan enam lelaki dan dua wanita berumur antara 17 hingga 30 tahun yang boleh membantu polis dalam siasatan kes itu.
"Enam daripada mereka, termasuk seorang wanita, positif dadah dan mereka adalah penduduk sekitar kawasan itu, katanya. - BERNAMA
Al fatihah.