Beberapa minggu lepas semasa ke pekan sehari di Padang Serai, aku terpandang satu bangunan lama pejabat pos di simpang jalan. ( Dah lama aku dok tengok bangunan ni cuma kali ni lampu merah dan jugak aku ambik gambaq. Pejabat Pos lama dinding kayu. Tak tau la samaada nak dirobohkan atau dipelihara sebagai muzium.
Barang-barang lama ni bagi setengah orang macam ada nilai sentimental . Kalau dok tengok barang lama , lebih kurang macam pita rakaman, pusing masa lampau. Lepas beli barang-barang, aku singgah sat di satu tempat.Isteri dengan anak-anak dah faham dah perangai aku. Kalau nampak sesuatu yang "luar biasa" memang aku berhenti.
Aku nampak satu basikal yang digunakan untuk berniaga tepi sungai. Tak tau sapa punya. Keadaan masih elok tapi kalau dok tinggai kena hujan panas .. tak tau la berapa lama lagi boleh tahan.
Masa balik aku dok sembang dengan isteri ,
"Kiranya basikal tu pernah ada orang pernah guna untuk cari rezeki, banyak bakti basikal tu. mungkin toke dia dah beli van dah kot , basikal tu dia biaq macam tu saja"
" Orang pun ada orang buat macam tu jugak, bila dah tua, tinggai macam tu saja kat rumah org tua"
No comments:
Post a Comment