Tengahari 11 Jun 2012, masa nak turun makan, tengok-tengok ada seorang remaja tengah diinterview oleh kawan-kawan sekerja. Aku mula-mula tak nak tanya dulu sebab tengok dia pun takut-takut. Mata dok tengok kearah lain saja.
Hasil dari interview memang pening sikit cerita budak ni. Katanya dia tumpang seorang lelaki yang bekerja di Giant Sungai Petani untuk mencari adiknya yang hilang. Lelaki tu tinggalkan dia seorang di Bertam Kiosk ni(pening) . Katanya dia datang kesitu sejak pukul 4 pagi tadi (pening) . Dompet , kad pengenalan dia tak bawa ( pening). Dia dok di Sungai Petani. Bila kami suruh dia telefon ayah atau mak dia , dia mengelak.
Kami dapat jangka mungkin budak ni lari dari rumah atau pun kena tipu dengan teman lelaki. Kesian sebab raut wajah dia macam takut-takut, mata asyik pandnag arah lain saja.
Kami buat keputusan panggil polis. Polis datang 2 orang. Seorang perempuan yang dok pujuk dia supaya ke balai polis . Mulanya dia geleng kepala. Pujuk punya pujuk , dia akur jugak
Misteri sungguh budak ni, kami pun tak tau cerita yang sebenar. Banyak persoalan bila dia cerita.
Bila berhadapan dengan kejadian macam ni, terfikir, betapa mudah pemuda-pemuda sebangsa menipu gadis sebangsa sendiri. Kita tak tau kisah yang sebenar.
Lupa nak sebut, walaupun maklumat pening dari remaja ni sedikit sebanyak dia cerita kak Ani yang berbaju biru bertudung merah tu.
Dia cerita ayahnya kahwin dua , seorang yang garang, adik perempuan lari dari rumah sebab mak dan ayah marah pada nya. Dia ditugaskan supay amencari adik dia sampai dapat. Mint apertolong dari seorang rakan lelaki adik dia .
Memang cerita dia agak celaru. Moral dari cerita ini: Berusahalah wujudkan suasana bahagia dalam keluarga .
Semoga remaja ini mendapat perlindungan yang sewajarnya . Amin