Pantai Penarik yang menarik

 Sambungan balik cerita kami ke pantai timer baru-baru ini. Dalam perjalanan ke Trengganu, aku memang bawa slow. Nak menikmati pemandangan. Tengok masjid-masjid, kedai-kedai, papan tanda, iklan. Masjid ni memang cantik terletak di Seberang Jertih. Dikenali sabagai masjid kayu. Tak sempat nak singgah sebab aku berkonvoi dengan dua buah kereta yang lain. Kalau kami keluarga saja memang aku singgah .
 Ni pulak Masjid Hadhari di Jertih jugak. Masjid Hadhari ini berseni binakan ciri-ciri sebuah masjid di Cordoba Sepanyol yang cukup terkenal di zaman kegemilangan Kerajaan Andalusia. Gambar-gambar dalam perjalanan ni diambil oleh isreri aku.
 Ni gambaq apa tah. Agaknya lori yang cuba berlumba dengan aku.

Sampai di Pantai Penarik, kami buka tikar . Makan tengahari. Madi dok tunggu anak dia main pasir

Anak-anak aku dok tepi pantai Penarik. Sebenarnya banyak lagi masjid-masjid yang menarik di sepanjang perjalanan kami. Tapi tak sempat nak snap. Pak Lang aku tanya berapa lama lagi nak sampai ke Kuala Trengganu. Aku kata lagi 3 jam, 3 jam tu kalau ikut kelajuan aku , bawa slow.
Masing-masing dah mengantuk termasuk driver. Depa tak sabaq dah nak sampai di homestay di Kuala Trengganu.



No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...