Baru semalam beli buku: Tuhan sedang Menguji kita, hasil tulisan Ustaz Kazim Elias. Buku Indahnya Kematian ini aku beli 28 Mei 2012 ,pukul 3.00 petang di Hasani. Tu dia .. memang aku tulis tarikh , masa dan tempat aku beli sesuatu buku.
Hadapi ajal dengan senyuman. Memang kematian itu pasti, setiap yang bernyawa akan merasai mati. Menyorok la macamana pun pasti akan jumpa mati. Aku beli buku ini untuk baiki diri. Kadang-kadang kita dok rasa yang kita ni lama lagi nak mati. Dok kejar dunia saja sampai boleh tangguh hal-hal yang sepatutnya kita tumpu.
Kalau dengan syarikat kit ada KPI atau Key Performace Indicator ( Petunjuk Prestasi Utama) sendiri . Punya lah kejaq date line takut tak dapat KPI .
Aku baru baca sikit buku ini. Antara kandungan buku ini sebut " semua orang nak ke syurga tak mau masuk neraka tapi apa bekalan kita yang nak masuk syurga tu?"
No comments:
Post a Comment