Pertunangan anak saudaraku , Sheila Saiful dan Nash

Pada 4 Ogos yang lalu , memang kelam kabut. Lorong aku , Bentara 1 buat majlis Aidil Fitri. Pada hari yang sama anak saudar aku , anak kepada aruah abang aku Shaiful Anuar akan bertunang di Kulim.

Aku sampai pun memang lewat sebab majlis dah bermula. Dalam perjalanan anak saudara aku memang call aku takut aku tak datang. Majlis agak meriah jugak bagi aku sebab ada tema-tema biru dan pink. Sebelah lelaki pakai baju biru dan sebelah perempuan pakai baju warna pink.

Sempat jugak berkenalan dengan tunang Sheila , memang tinggi dari aku. Dalam tak sempat-sempat tu , sempat jugak aku cari 10 batang lemang untuk jamuan malam nanti. Beli pun di Kampung Ular.

Pejam-celik -pejam celik , Dilla atau Sheila dah bertunang . Masa memang cepat. 14 September ni dah 12 tahun abang meninggal dunia. Masa tu Dilla masih kecik rasanya dalam 10 tahun. Sebaya anak aku yang sulong sekarang ni.

Sempat juga aku berpesan dengan Dilla
" Bertunang ni bukan lesen lagi tau". 

Mungkin jika umur panjang , aku juga dapat melihat anak-anak aku dewasa. InsyaAllah.





No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...