Kak tak mau ambik kesempatan ...

Manja sungguh Amirah dengan Kak Mek
 
 Sehari sebelum cuti Raya , 17 Ogos yang lepas. Ada kawan tanya kat mana anak-anak yatim yang terdekat sebab dia nak bagi duit raya sikit.
Aku dok scan rumah-rumah anak yatim kat kawasan Kepala Batas yang aku tau. Dalam dok scan berhenti di rumah kak Mek yang menjaga 5 orang anak yatim do Paya Ketiau, Padang Serai. Aku pun bawa kawan ni pi sana .

Kat sana Kak Mek ada dok dengan Amirah 5 tahun salah seorang anak yatim yang dia jaga sejak Amirah umur 2 tahun . Seminggu sebelum tu ada pihak bawa depa ni beli baju raya .
Amirah dok kira  dia posa berapa hari sewaktu kami tanya berpa hari dia posa.
 
 " Minggu lepas depa bawa kak Mek dengan budak-budak pi Gurun beli baju raya ..ya?"
" Depa bawa pi.."
" Kak Mek ada berapa baju raya ?"
" Kak tak mau ambik kessempatan .Biaq depa beli kat budak-budak tu saja." slow saja kak Mek bagi jawapan.
Salah seorang cucu Kak Mek.
 
 Tak mau ambik kesempatan ..Tu dia pinsip kak Mek. Walaupun dia bela 4 orang anak yatim ( sorang dihantar di rumah anak yatim di Kulim) , tapi dia tak ambik kesempatan atas kepayahan dia menjaga anak -anak yatim ni.
Kisah Kak Mek ada di sini
http://speckmata.blogspot.com/2009/10/anak-yatim-piatu-di-padang-serai.html

No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...