Galeri Arkeologi, Perak Man

 

15 September 2012 , sebelum sambutan Hari Malaysia, aku bawa keluarga aku ke Galeri Arkeologi di Lenggong, Perak. Tempat ni telah diambil alih oleh Jabatan Warisan Negara bulan Ogos yang lepas . Sebelum ni dikendali oleh pihak muzium.
Nak ke tempat ni memang jauh sikit dari Kuala Kangsar. Kena ikut signboard betul-betul.
 Tempat ni popular sebab ada Perak Man, siap dengan kad pengenalan lagi. Masuk percuma. Masa aku ke sana ada ada sebiji bas bawa pelancung Jepun atau China baru tinggalkan galeri ni . Banyak pengetahuan tentang zaman dulu-dulu bila melawat galeri ni.
 Kad pengenalan Perak Man
 Mula-mula masuk tayangan video ni kena tengok dulu .Banyak maklumat dari zaman dulu samapai sekarang.


 
Kat luar galeri ada pameran jenis-jenis batu.
 Pemandangan dari menara. Penat juga naik tangga nak ke atas ni.
Lakaran yang ada di dalam galeri tu. 

Siapa lelaki itu dalam lagu UNTUK DIA nyayian Najwa Latif?


 DIA

[Sleeq]
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila
Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
[Najwa Latif]
Engkau Punya Gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja
Bertemu di MukaBuku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu
Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

[Sleeq]
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
[Najwa Latif]
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
 *******************************************************************************
Lagu ni selalu radio dok pasang. Aku pun terdengar sama. Bila aku dok dengar banyak kali. liriknya , ada disebut tentang seorang lelaki yang bawa kereta mercedez yang selalu bawa di gadis membeli belah barang-barang mewah.
Si gadis ni pula memberitahu bahawa sijejaka  ni tak tahu mengenai hubungan dia dengan lelaki misteri itu. Kata gadis ni walaupun lelaki misteri tu mampu beli dia macam-macam barang tetapi dia tak bahagia dengan lelaki itu. Dan dia pula suka kepada si jejaka ni.
Aku kompius.. sama ada aku tertinggal lirik mana-mana ka tak tau la pulak. Tapi yang aku faham macam tu lah.  Macam ada sesuatu saja dalam lirik ni...

Gangnam dan pengaruhnya

Sekarang ni mana-mana tempat dilanda deman Gangnam sytle. Berjuta orang dah tengok dalam youtube di seluruh dunia ,sekali lagi seluruh dunia. Lagu simple saja dan menggunakan bahasa korea. sekali lagi bahasa Korea.
Tapi bagi setengah orang ianya hanyalah mitos sebab tiada bahasa lain yang boleh menembusi pasaran dunia melainkan bahasa Inggeris. Sebab itu golongan ni tidak percaya bahawa lagu gangnam ni hanya berlegar di sekitar Korea sahaja malah mereka tidak mempedulikan demam gangnam sytle ni sebab ianya tidak menggunakan bahasa Inggeris.
Rakyat Korea berbangga dengan bahasa mereka malah mereka bersungguh-sungguh untuk membawa bahasa mereka keperingkat antarabangsa. Dengan cara inilah mereka memperkenalkan bahasa mereka .

Di Malaysia, rakyat nya bermati-matian untuk menafikan bahasa kebangsaan sendiri malah malu untuk memperkenalkan bahasa sendiri ke peringkat antarabangsa, sebab bahasa Malaysia tak ada tempat di peringkat antarabangsa. Hmmm dah tak bawa ke peringkat atasan mana orang lain tahu. 

Macam tu lah rakyat Malaysia ni. malu dengan apa yang ada.

 


Campain For A Lane 4 edition.

 9 September 2012, hari Ahad, pukul 4.50 a.m aku dah bangun. Ada kayuhan CFAL ( Campain For A Lane) kali ke 4 di Pulau Pinang. Pukul 5.30 pagi aku ambik Wan di Tasik Gelugor. Kami sampai di Jeti pukul 6.00 pagi. Solat subuh di Jeti . lepas tu berbaris tunggu feri. Dah ramai cyclist kat sana.
 Apa-apa pun sementara tunggu feri mai, kami check mana yang patut, tayar , brek, maklumlah lama tak kayuh sejak sebelum Ramadhan lagi dah tak kayuh.
Feri sampai memang separuh feri tu dengan riders.Tang baju kecik sikit. Size L pun macam size M.
 Masuk masuk feri Berduyun-duyun cyclist masuk feri


 Kami kayuh start dari jeti pukul 7.00 pagi . Masa tu tak sempat dah nak ke Padang Kota . kami tunggu mereka yang start kayuh dari tempat mula saja. Dah lama tak kayuh memang sukar sebab engsel lutut ketat. Tenaga pun kurang, badan pun penuh lemak lagi. Lepas raya . kayuh bukit lepas Teluk Kumbar ..memang perit..kayuh slow-slow saja

 Tu dia jauh lagi nak kayuh mendaki.
Berhenti sebab ada kemalangan maut yang melibatkan pelajar SPM. Masuk dalam akhbar dan TV hari tu.
Aku tamat kayuh pukul 11.45 pagi. selama 4 jam sejauh 82.30 kilometer. Dapat medal ni
Tahun depan tak tau lagi nak masuk ke tidak. Basikal yang aku kayuh untuk CFAL ni pun basikal pinjam .

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...