15 September 2012 , sebelum sambutan Hari Malaysia, aku bawa keluarga aku ke Galeri Arkeologi di Lenggong, Perak. Tempat ni telah diambil alih oleh Jabatan Warisan Negara bulan Ogos yang lepas . Sebelum ni dikendali oleh pihak muzium.
Nak ke tempat ni memang jauh sikit dari Kuala Kangsar. Kena ikut signboard betul-betul.
Tempat ni popular sebab ada Perak Man, siap dengan kad pengenalan lagi. Masuk percuma. Masa aku ke sana ada ada sebiji bas bawa pelancung Jepun atau China baru tinggalkan galeri ni . Banyak pengetahuan tentang zaman dulu-dulu bila melawat galeri ni.
Kad pengenalan Perak Man
Kat luar galeri ada pameran jenis-jenis batu.
Pemandangan dari menara. Penat juga naik tangga nak ke atas ni.
Lakaran yang ada di dalam galeri tu.
No comments:
Post a Comment