Gangnam dan pengaruhnya

Sekarang ni mana-mana tempat dilanda deman Gangnam sytle. Berjuta orang dah tengok dalam youtube di seluruh dunia ,sekali lagi seluruh dunia. Lagu simple saja dan menggunakan bahasa korea. sekali lagi bahasa Korea.
Tapi bagi setengah orang ianya hanyalah mitos sebab tiada bahasa lain yang boleh menembusi pasaran dunia melainkan bahasa Inggeris. Sebab itu golongan ni tidak percaya bahawa lagu gangnam ni hanya berlegar di sekitar Korea sahaja malah mereka tidak mempedulikan demam gangnam sytle ni sebab ianya tidak menggunakan bahasa Inggeris.
Rakyat Korea berbangga dengan bahasa mereka malah mereka bersungguh-sungguh untuk membawa bahasa mereka keperingkat antarabangsa. Dengan cara inilah mereka memperkenalkan bahasa mereka .

Di Malaysia, rakyat nya bermati-matian untuk menafikan bahasa kebangsaan sendiri malah malu untuk memperkenalkan bahasa sendiri ke peringkat antarabangsa, sebab bahasa Malaysia tak ada tempat di peringkat antarabangsa. Hmmm dah tak bawa ke peringkat atasan mana orang lain tahu. 

Macam tu lah rakyat Malaysia ni. malu dengan apa yang ada.

 


No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...