Kisah seorang lelaki di kampung aku.

Minggu lepas balik kampung. Mak buat sedikit kenduri doa selamat untuk berangkat ke Mekah. Salah seorang tetamunya adalah seorang lelaki berumur 50an yang tinggal dekat dengan rumah aku.

Sekitar tahun 80an sewaktu aku masih lagi bersekolah dan waktu zaman Search, Battle Of The Band dulu, lelaki ni kerap masuk keluar penjara kerana menghisap dadah. Aku masih ingat lagi waktu kenduri si sebuah rumah, waktu kami nak makan nasi di celah-celah pokok pisang dalam belukar, terserempak dengan lelaki ni dengan rakan-rakan "seperjuangan" berkumpul ramai -ramai sambil bertingung. Di halaunya kami ,apa lagi bertaburan lah lari. banyak kisah dia keluar masuk penjara yang aku dengar.

Sekarang ni, lelaki ni masih lagi belum berkawin. Tinggal dengan mak nya yang sakit, dialah yang memasak, membasuh baju, mengemas rumah. kerjanya pergi ke laut dan mengambil upah memandu lori. Itu pun jika mak dia kelihatan sihat jika tak memang dia tak kerja. nasib baik adik beradik yang ada jauh membantu dari segi kewangan dan barangan keperluan.

" Sapa nak jaga mak kalau saya kawin " Jawap lelaki ni kalau orang tanya kenapa dia tak berkawin. Memang bertukar terus dari kisah lama dia.

Kisah lelaki ni adalah sedikit kisah masyarakat yang boleh kita ambil iktibar. Selalunya kita menjadi "hakim" dalam menentukan masa depan seseorang. Bila tengok kanak-kanak yang terlalu nakal, terus kita "jatuh" hukum budak ni tak ada masa depan yang cerah.


Kejayaan dari segi akedemik sering di raikan ,tapi kejayaan dari segi akedemik jarang di beri iktirafan dan mungkin orang yang berjaya dari segi akhlak sememangnya tidak mahu menonjolkan diri .



No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...