Lorong 1 Bentara, Mawar, Bertam Perdana

Khalid dok tuang sos kat ayam
Pada 17 April 2010 , lorong Bentara 1 Fasa Mawar telah mengadakan satu jamuan dengan tujuan untuk mengeratkan lagi tali siratulrahim dan suai kenal oarang baru di lorong 1. Idea ni dah lama tahun lepas lagi, tapi sebab ada beberapa perkara yang tak dpat dielakkan maka pada malam 17 April tu la berlangsungnya majlis suai kenal .

Majlis ni sederhana sahaja, bak kata tuan pengerusi persatuan penduduk ( En Hisyam ) , majlis ini bertujuan untuk kenal mengenal antara penduduk lorong 1, sebab masing-masing sibuk dengan tugas harian..kadang-kadang jiran sebelah rumah pun tak kenal.
En Ruzlan dan isteri.
Malam itu jugak sapa2 yang sambut birthday, ulangtahun perkhawinan..boleh la potong kek..

En Naseer dan isteri .
Harapan semoga majlis ini dapat dilanjutkan kepada semua penghuni fasa Mawar Bentara. Insyaallah.

Apa dah jadi kepada rakyat Malaysia?


Muka depan Berita Harian hari ni mengenai satu lagi kes buang bayi. Aduihhh... apa dah jadi ..? nyawa bayi macam tak ada harga dah. Sebab itu jika ada kesalahan rogol patut si penjenayah tu dikenakan hukuman mati sebab kemungkinan bayi yang dibuang adalah kerana mangsa rogol tak mahu menanggung malu.
Jika ada pasangan yang berdua-duaan di taman maka patut ditangkap kerana ianya berkemungkinan akan berlakunya zina .



EOCM D Teluk Batik

Baru-baru ni 3 April 2010, Kelab EOCM telah mengadakan satu pertemuan di Teluk Batik anjuran EOCM Perak. Aku terlewat sampai dan tak sempat nak berkonvoi bersama.
Sampai disana anak aku tak tahan daulat nak mandi laut. Aku pun kena jaga yang kecik ( Aliah) sebab dia pun tergagap-gagap lagi nak mandi laut.
Aku pun tak sebab nak kenal-kenal dengan ahli-ahli kelab yang lain..dok sibuk jaga budak-budak ni..

Apa-apa pun tahniah kepada Zam dan geng Perak kerana mengajurkan majlis ini.




The Underwater river at Cenote Angelita.





Jika dilihat dari gambar yang diambil oleh Anatoly Beloshchin di Cenote Angelitta, Mexico, ianya kelihatan seperti satu sungai lengkap dengan pulau-pulau , pokok-pokok yang mati dan daun-daun yang berguguran.

Mesyuarat Persatuan Bapa, Ibu dan Guru ( PBIG)

Tadi satu mesyuarat PIBG telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah. ( baca .Bertam Perdana). Seperti biasa mesyuarat -mesyuarat yang melibatkan ibubapa sambutannya amat..................( isi tempat kosong).

Mesyuarat ini untuk membubarkan ahli penaja yang lama dan melantik ahli jawatan kuasa yang baru. Semapat juga berjumpa dengan guru kelas anak aku ( Ain) .Memang aku dah agak yang cikgu akan bagitau yang Ain ni senyap kat sekolah .Tapi prestasi pembelajaran ok kata cikgu dia.

Mesyuarat berlangsung smapi pukul 12.00 dimana setelah semua jawatan telah diisi. Banyak juga muka2 jawatan AJK yang dilantik yang aku kenal..

Guru besar kata bulan Jun 2010 ,sekolah Bertam Perdana ini akan digunakan TETAPI bergantung kepada keadaan sebab banyak budget kena potong.


Tujuan-tujuan Persatuan ialah:

a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;

b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;

c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;

d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan

e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

Fungsi Persatuan

Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:

a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;

b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;

c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;

d) meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Pantai Merdeka yang..

Dah banyakkalike Pantai Merdeka. Anak-anak nak mandi ..tapi aku tak masukkan agenda mandi bila ke Pantai Merdeka. Kalau ke sana pun main kat padang permainan saja. Sejak anak aku yang bongsu gatal-gatal satu badan bila balik mandi dari pantai ni , aku chop terus pantai ni tak berapa sesuai nak mandi.

Aku pi waktu pagi jadi tak ramai budak-budak yang main. Aku aku pun konker la ..

Masa dok teman anak-anak main ..aku tengok ada satu pasangan suami isteri dok lepak kat tepi pantai. Anak-anak dan cucu mereka dok main pantai agaknya.
Banyak perubahan jugak aku tengok kat Pantai Merdeka ni . Landskap pun dah elok..

Lepak di Lorong 1 Bentara, Mawar, Bertam Perdana


Sham , pengerusi Persatuan Penduduk yang mengalami kepenatan
Khalid, anak Soleh, Soleh
Semalam aku dengan beberapa penghuni di Lorong Bentara 1 , Mawar adakan perbincangan untuk xtvt lorong kami. Mulanya dicadangkan lawatan ke Cameron Highland yang menjadi idaman para-para isteri untuk memetik strawbeeri. Memandangkan tarikh yang dicadangkan ramai yang dapat dapat joint, maka lawatan ditangguhkan. Ramai yang frust..

Kemudian diusulkan acara makan-makan pada 27 Mac 2010. Kira ok lah . Sebenarnya inilah rancangan yang dah diatur pada tahun lepas tapi Soleh mengalami kemalangan jadi sitangguhkan sampai di boleh berjalan. Sekarang ni pun dah boleh berlari ..
Firdaus
Pengerusi Lorong Bentara 1 (Mawar), Lan Komando

Naseer
Char Kew Tew Baha




Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...