Gambar yang jarang kita lihat semasa perlawanan bola sepak
Amat jarang gambar para pemain bola bersolat ditunjukkan. Semoga para peminat mencontohi mereka yang menunaikan solat tak kira dimana saja
Chinese Toddler Accident
Rasanya hari ni iaitu hari Selasa bersamaan 18 Oktober 2011, rata-rata Facebook dan blog memaparkan kisah yang berlaku di negara China. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun yang terlibat dalam kemalangan dan tidak dihiraukan oleh 18 orang yang lalu lalang disitu . Diulang 18 Orang.
Ramai yang marah dengan sikap orang yang tidak mengambil tahu tetang kanak -kanak tersebut. Sebenarnya banyak kisah-kisah seperti ini berlalu bukan hanya di negara China tetapi juga di negara kita sendiri.
(1) Berapa ramai orang yang mengambil kisah kesihatan diri sendiri dan orang lain bila dia merokok di tempat awam?
(2) Berapa ramai orang yang kisah bila dia makan makanan yang tidak sihat berlebihan ?
(3) Berapa ramai yang kisah tentang keselamatan diri sendiri dan orang lain bila memandu dengan laju?
(4) Berapa ramai yang kisah bila mengambil kesempatan dengan ketidakapaan orang lain ?
Sejak akhir-akhir ni gerun bila baca akhbar Metro..
*********************************************************************************
Dan meninggal dah kanak-kanak ni
Nur Kasih Ulu Sepetang , Taiping
Hari Rabu yang lepas , lepas buat kerja di taiping, aku dengan seorang kawan ke rumah Kebajikan Nurkasih di Ulu Sepetang. Masa nak pi aku ada telefon En. Zul , orang yang mengendalikan rumah ni, tapi dia pergi ke tempat lain. Isterinya Puan Noraziah saja yang ada . Asal rumah ni adalah madrasah.
Menurut Puan Noraziah, rumah di ditubuhkan pada tahun 2010 bertujuan untuk mengumpulkan anak-anak yatim dan miskin di sekitar Taiping ni. Sekarang ada 25 orang budak-budak lelaki . Paling muda 2 tahun dan yang paling tua darjah 6. Memang banyak benda yang diperlukan oleh Rumah kebajikan ni. Antaranya katil,tilam, cadar, almari, komputer ,barangan keperluan harian dan juga duit ( untuk membina bangunan tempat tidur kanak-kanak di sebelah bangunan ni.
Puan Noraziah dok tengah periksa budak-budak ni. Budak-budak ni tak pergi sekolah sebab demam. katil budak-budak ni tak cukup, ada juga Puna Noraziah bagitau yang budak2 ni kongsi tilam dengan katil. Aku dok kira, katil ada 6 buah, 6 kali 2 ,12 orang saja yang boleh tidoq atas katil dengan tilam , yang lain ?.Pejabat yang memerlukan komputer untuk menaip surat-surat.
Bangunan kediaman yang sedang dalam proses pembinaan. Setakat ni kutipan diperlukan
Salah satu poster yang ada di tempat tidur kanak-kanak ni.
Sumbangan boleh ke :
Simpang 3 Ulu Sepetang,34010 Taiping
05-8830806 / 016-5542563 (En. Zul)
Akaun BSN Giro-i :08100-41–00010108-7
Maybank : 558305505878
Sumbangan Penambahan Madrasah Ahmadiah Addiniyah Islamiah.
Madrasah ni dikenali dengan nama Pondok Ahmad Nahu. Aku pernah ceritakan mengenai pondok ni http://speckmata.blogspot.com/2011/04/melawat-pondok-tuan-guru-hj-mat-nahu.html. Bulan Ramadhan yang lepas aku kesana, masa tu pelajar-pelajar kat situ sedang bercuti. Sumbangan diperlukan bila melihat keadaan yang daif pondok-pondok dan tempat pengajian mereka.
Kayuhan tepian Sungai Muda.
Tak tau nak buat apa pagi Sabtu , aku roger abang Lan ajak buat kayuhan. Mula-mula tak tak pi mana. Nak ke Penaga ka, Sungai Muda ka. Last-last abang Lan ajak ke Pinang Tunggal ikut laluan keretapi.
Aku pun dah lama tak sentuh basikal ni start dari bulan posa yang lepas. Tapi kami kayuh dalam 15-20km/j saja secara santai tak lah penat sangat.
Abang Lan sedang sarapan pagi. Kedai ni memang jadi kegemaran kami sebab suasana kampung masih ada lagi. Lagi pun kedai ni hanya orang-oarang tua saja yang singgah.
Kawasan sekitar Sungai Muda yang akan dilebarkan. Pokok ni tak lama lagi akan hilang dari pandangan. banyak rumah-rumah yang dulunya ada sekarang ni dah tak ada akibat pelebaran Sungai Muda.
Cuma masa mula-mula aku kayuh ke Taman Bertam Putra,aku nampak banner ni. Tahniah kepada mereka.
Kisah Saya- Saudara Baru
Aku baru saja selesai baca buku ni KISAH SAYA -SAUDARA BARU, hasil pengalaman Puan Nuraisyah Chau Abdullah. Kisah Nuraisyah ni aku pernah dengar dalam radio IKIM. menarik juga pengalaman dia dari sebelum memeluk Islam sampailah ke alam perkhawinan,
Rintangan semasa dia dalam proses pembelajaran Islam memang banyak. Dengan kawan-kawan di universiti yang ada kurang memberi sokongan dengan keluarga Cinanya yang kurang memahami dengan Islam.
Banyak benda yang dia bangkitkan tentang sikap orang kita terhadap saudara baru. Pandangan dia tentang orang Melayu yang seolah-olah "memaksa" saudara baru menjadi orang Melayu..macam pakai kain sarong. Keluarganya menentang dia memeluk agama islam kerana takut akan berkhawin dengan orang Melayu tapi dengan kedatangan rakan-rakan saudara baru dia ke rumah membuatkan mak dia terbuka bahawa Islam bukan hanya untuk orang Melayu.
Rintangan semasa dia dalam proses pembelajaran Islam memang banyak. Dengan kawan-kawan di universiti yang ada kurang memberi sokongan dengan keluarga Cinanya yang kurang memahami dengan Islam.
Banyak benda yang dia bangkitkan tentang sikap orang kita terhadap saudara baru. Pandangan dia tentang orang Melayu yang seolah-olah "memaksa" saudara baru menjadi orang Melayu..macam pakai kain sarong. Keluarganya menentang dia memeluk agama islam kerana takut akan berkhawin dengan orang Melayu tapi dengan kedatangan rakan-rakan saudara baru dia ke rumah membuatkan mak dia terbuka bahawa Islam bukan hanya untuk orang Melayu.
Jalan-Jalan masuk kampung
Pada 20 Ogos 2011, aku ikut geng Warga Kilang pi jalan-jalan masuk kampung di Gulau, Belantik, Nami di Sik. Aku agak-agak adala 40 biji kereta campur dengan MPV dengan 4WD yang ikut serta dalam program ni. Siap dengan security lagi jaga jalan untuk melancarkan perjalanan konvoi.
Kanak-kanak yang seronok bila dapat soft toy yang dibawa.
Tengah tengok anak patung yang dihadiahkan.
Hensem anak Che Ros ni. Kerja kampung ,bersekolah setakat darjah 6 saja disebabkan kemiskinan. Che Ros hanya seorang peraut buluh untuk dijual.
Banyak aku tanya soalan kat budak ni tapi dia senyum saja.
Seorang anak yatim .Menyambut Hari raya buat kali pertama tanpa ayah.Ayah telah meninggal empat bulan yang lepas . Mak kerja penoreh getah.
Pertanyaan .. adakah kanak-kanak ni akan mewarisi kemiskinan ayah dan ibu mereka?.Ada tak perancangan untuk mereka memperbaiki taraf kehidupan mereka?. Adakah program yang banyak di lancarkan oleh pihak-pihak tertentu tak sampai kepada mereka?. Usahkan program laptop 1Malaysia, pakaian sekolah pun belum tentu lagi boleh bertukar....Entahlah..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Berlalulah Ramadhan
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...
-
Hari isnin yang lepas , aku ada tugasan di Ipoh. lepas habis aku singgah sebentar di Kuala Kangsar untuk melihat kilang IMP ni . Sebabnya ...
-
Bahagian dapur Ustazah Rohani Hari Sabtu yang lepas, aku ke rumah pak lang aku di Sungai Ara. Saja bawa mak mertua dengan tok jalan-jalan....
-
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...








