Pada 20 Ogos 2011, aku ikut geng Warga Kilang pi jalan-jalan masuk kampung di Gulau, Belantik, Nami di Sik. Aku agak-agak adala 40 biji kereta campur dengan MPV dengan 4WD yang ikut serta dalam program ni. Siap dengan security lagi jaga jalan untuk melancarkan perjalanan konvoi.
Kanak-kanak yang seronok bila dapat soft toy yang dibawa.
Tengah tengok anak patung yang dihadiahkan.
Hensem anak Che Ros ni. Kerja kampung ,bersekolah setakat darjah 6 saja disebabkan kemiskinan. Che Ros hanya seorang peraut buluh untuk dijual.
Banyak aku tanya soalan kat budak ni tapi dia senyum saja.
Seorang anak yatim .Menyambut Hari raya buat kali pertama tanpa ayah.Ayah telah meninggal empat bulan yang lepas . Mak kerja penoreh getah.
Pertanyaan .. adakah kanak-kanak ni akan mewarisi kemiskinan ayah dan ibu mereka?.Ada tak perancangan untuk mereka memperbaiki taraf kehidupan mereka?. Adakah program yang banyak di lancarkan oleh pihak-pihak tertentu tak sampai kepada mereka?. Usahkan program laptop 1Malaysia, pakaian sekolah pun belum tentu lagi boleh bertukar....Entahlah..
No comments:
Post a Comment