Ditahan sewaktu menjual

KAKITANGAN JKM (kanan) mengiringi seorang jurujual wanita dan lelaki yang mengaku guru asrama anak yatim untuk disiasat selepas ditahan di Ayer Keroh, Melaka semalam.


MELAKA - Empat guru asrama anak-anak yatim sebuah pusat tahfiz ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam apabila didapati menjual barangan menggunakan nama pusat berkenaan bagi meraih simpati orang ramai.

Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM negeri, Saidatul Aini Jafri berkata, tiga lelaki dan seorang perempuan berusia antara 25 hingga 29 tahun yang mendakwa guru dari pusat berkenaan yang terletak di Kedah ditahan ketika menjual pelekat ayat-ayat al-Quran, cakera padat, tisu dan madu kepada orang ramai.


"Mereka ditahan dalam operasi bersepadu JKM bersama-sama Jabatan Agama Islam Melaka, polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Operasi dijalankan setelah menerima banyak rungutan daripada orang ramai mengenai banyak kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti sebegini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Saidatul Aini berkata, operasi di 15 lokasi sekitar bandar Melaka dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh itu berjaya menahan keempat-empat individu terbabit ketika sedang melakukan jualan.
*********************************************************************************
Perkara ni dah lama berlaku .. Dulu dah berlaku dah..lepas tu senyap sekejap. Sekarang ada balik.  Masa di Taiping hari tu kat perhentian Semanggol Arah Selatan ada, kat stesyen minyak Kemunting pun ada. Kesian kat budak-budak tu .. Kadang-kadang malu-malu nak menjual kat kita.
 
Aku dengan kawan pernah jugak pi cari sekolah tahfiz di Simpang Empat Kangkung... tapi tak jumpa ..atau pun kami yang sesat..

No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...