Tali pinggang belakang

Laporan Harian Metro

KUALA LUMPUR: Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.

Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.

“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.

“Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.

“Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhinya,” katanya.

“Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali pinggang mulai esok,” katanya.


Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Samantalipinggangbelakangbermulaesok/Article/index_html


**********************************************************************************


Aku dok fikiaq bagaimana dengan orang yang mempunyai anak yang lebih dua orang kalu naik kereta . Di belakang hanya ada dua sahaja tali pinggang. Sudahlah harga kereta MPV mahal, manalah orang yang berpendapatan rendah nak beli. Pemasangan tali pinggang ni memang penting sebab-sebab atas keselamatan tapi kena fikiaq sama penyelesaian pada masalah tadi.
Proton mungkin boleh keluarkan sebuah kereta MPV untuk rakyat yang berpendapatan rendah, dengan ciri-ciri keselamatan tak perlu perhiasan yang berlebihan .

1 comment:

Nureyzal Shoppe said...

Asl'kum ya saya bekas pelajar kat sana.. kalau begitu berita dia saya sambut baik.. alhamdulillah. kalau ada facebook ad nureyzal garagesale. trima ksih.

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...