Bila tengok video ni , salah satu dia peluk islam ialah dengan melihat akhlak keluarga angkat dia. Kita yang dikelilingi oleh bukan Islam setiap hari kadang-kadang terlupa yang kita ni adalah duta kepada agama Islam . Bukan islam sentiasa memerhati telatah , kelakuan dan aktiviti oarang Melayu /Islam. Jika orang melayu berkelakuan buruk maka akan dikaitkan dengan islam kerana fikiran sudah di programkan orang Melayu mewakili islam .
Kadang-kadang orang yang baru memeluk Islam ni lebih bertakwa dari orang yang asalnya Islam. Aku pernah dengan kisah seorang mualaf yang telah mengIslamkan 20 orang . 20 orang diIslamkan oleh beliau . Kita yang asalnya Islam ni berapa orang yang telah memeluk Islam bila bertemu dengan kita?. Akhlak kita , kelakuan kita adakah mengambarkan keadaan Islam yang sebenar?.
Ada juga pendapat mengatakan bahawa mungkin satu hari nanti , orang bukan Melayu akan menerajui perjuangan agama Islam di Malaysia sebab mereka lebih komitmen dari orang Melayu sendiri yang sibuk dengan perkara lain (politik?). Tak kisah lah bangsa mana pun asalkan mereka itu Islam.
No comments:
Post a Comment