Pada 28 April yang lepas, aku dengan keluarga ke Trengganu. macam biasa tempat persinggahan kami di Hentian Titiwangsa. Bertolak dari Kepala Batas pukoi 4.00 pagi, samapi kat sini pun dah pukul 6.40 pagi. Kiranya sempat la solat subuh.
Tempat ni jadi kegemaran para pemandu sebab pemandangan cantik. Tambahan pulak waktu pagi. Boleh nampak kabus. Hentian terletak selepas tasik Banding, kalau dah berhenti di tasik tu berhenti sekali lagi di sini. Waktu aku behenti tak banyak lori-lori berhenti sama.
Dengan ketinggian 2,100m dari aras laut, memang panorama di sini memang cantik.
Kedai makan tak buka lagi, jadi kami sarapan apa yang kami bawa dari rumah. Tu pun dah cukup,walaupun air dah tak pans dah.
No comments:
Post a Comment