Pengalaman kita sebagai pelangan boleh dijadikan sebagai panduan kepada peniaga yang mungkin hanya memikirkan RM tampa mengira sentuhan sanubari seorang pelanggan.
Kalau nak ikut dari segi pengalaman berhadapan dengan peniaga yang ada "sentuhan kecundang" ni memang banyak. Dan biasa kebanyakkannya ialah dengan orang 'kita". Rasanya semua orang pernah mengalami peristiwa yang sama
Pengalaman 1:
Kita membeli barang di sebuah pasaraya dan di kaunter ada juruwang yang sedang berbual dengan kawan di sebelah atau di telephon. Bila tiba waktu membayar, juruwang masih lagi berbual sambil mengambil wang dan memulangkan baki pada kita. Untuk menambahkan lagi kecundangan juruwang tu. dia memulangkan wang tanpa memandang muka kita.
Sedikit sebanyak kita akan rasa tercuit sikit. kadang-kadang tanpa buat apa-apa pun, peniaga ni amat berat nak senjut "saya jual" dan senyum. Untuk berbaik sangka ,kita anggapkan dia sakit perut.
Pengalaman 2
Di kedai makan, kita memesan makanan dan minuman dan pelayan menulis pesanan kita di sebuah kertas ( ada yang tulis atas kertas kotas rokok yang di potong kemas). Selepas makan , kita menuju di kauter untuk membayar. Dialog macamni akan kedengaran
"Berapa saya makan tadi?" tanya kita
" Makan apa tadi?" Tanya juru wang tu.
macam games super spontan la pulak. Games tanya soalan. jenuh la kita dokingat balik apa yang kita makan, ikan bilis berapa ekoq, sayuq sawi berapa lai daun, kuah berapa ml, ikan besaq mana.
Ada seorang kawan pernah patah balik ke kedai makan sebab dia lupa nak sebut ulam kacang bendi masa nak bayaq. Dia ni jenis jaga makan sungguh. Takut jadi makanan haram kata dia . Dia nasihat kalau dia lupa apa yang kita makan masa nak bayaq , sebut "kalau terkurang apa yang saya sebut tapi minta halalkan saja".
kalu nak ikut banyak lagi ..nanti kalu aku rajin aku list kan lagi.
Baru tadi alami satu pengalaman baru di kedai makan, order lain dapat lain ,bila kita bagi tau kita order lain ,muka pelayan tu masam mencuka , alahai...
No comments:
Post a Comment