Pada 4 Ogos yang lalu , memang kelam kabut. Lorong aku , Bentara 1 buat majlis Aidil Fitri. Pada hari yang sama anak saudar aku , anak kepada aruah abang aku Shaiful Anuar akan bertunang di Kulim.
Aku sampai pun memang lewat sebab majlis dah bermula. Dalam perjalanan anak saudara aku memang call aku takut aku tak datang. Majlis agak meriah jugak bagi aku sebab ada tema-tema biru dan pink. Sebelah lelaki pakai baju biru dan sebelah perempuan pakai baju warna pink.
Sempat jugak berkenalan dengan tunang Sheila , memang tinggi dari aku. Dalam tak sempat-sempat tu , sempat jugak aku cari 10 batang lemang untuk jamuan malam nanti. Beli pun di Kampung Ular.
Pejam-celik -pejam celik , Dilla atau Sheila dah bertunang . Masa memang cepat. 14 September ni dah 12 tahun abang meninggal dunia. Masa tu Dilla masih kecik rasanya dalam 10 tahun. Sebaya anak aku yang sulong sekarang ni.
Sempat juga aku berpesan dengan Dilla
" Bertunang ni bukan lesen lagi tau".
Mungkin jika umur panjang , aku juga dapat melihat anak-anak aku dewasa. InsyaAllah.
Kak tak mau ambik kesempatan ...
Manja sungguh Amirah dengan Kak Mek
Aku dok scan rumah-rumah anak yatim kat kawasan Kepala Batas yang aku tau. Dalam dok scan berhenti di rumah kak Mek yang menjaga 5 orang anak yatim do Paya Ketiau, Padang Serai. Aku pun bawa kawan ni pi sana .
Kat sana Kak Mek ada dok dengan Amirah 5 tahun salah seorang anak yatim yang dia jaga sejak Amirah umur 2 tahun . Seminggu sebelum tu ada pihak bawa depa ni beli baju raya .
Amirah dok kira dia posa berapa hari sewaktu kami tanya berpa hari dia posa.
" Depa bawa pi.."
" Kak Mek ada berapa baju raya ?"
" Kak tak mau ambik kessempatan .Biaq depa beli kat budak-budak tu saja." slow saja kak Mek bagi jawapan.
Salah seorang cucu Kak Mek.
Kisah Kak Mek ada di sini
http://speckmata.blogspot.com/2009/10/anak-yatim-piatu-di-padang-serai.html
Selamat tingal Ramadhon 1433
Hari ni harike 28 Ramadhon ( teringat rancangan 30 min Ustaz Don, Ramadhon bukannya Ramadhan, Ramdan, Remdan). Tak lama lagi umat Islam menyambut Aidil Fitri. Aku pun dah lama tak menulis blog ni. Jenuh banyak sawang sebab lama tak jengok kat sini. ( tuan rumah pun tak jengok apatah lagi tetamu..)
Penghujung bulan Ramadhon ni berbeza dari tahun-tahun lepas, mungkin sebab faktor umur. Terasa sayu sunguh bila Ramadhon nak tinggalkan kita . Banyak peluang-peluang nak top up pahala yang tak sempat aku pegang.
InsyaAllah kalau umur panjang tahun depan dapat bertemu Ramadhon lagi.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Penghujung bulan Ramadhon ni berbeza dari tahun-tahun lepas, mungkin sebab faktor umur. Terasa sayu sunguh bila Ramadhon nak tinggalkan kita . Banyak peluang-peluang nak top up pahala yang tak sempat aku pegang.
InsyaAllah kalau umur panjang tahun depan dapat bertemu Ramadhon lagi.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Subscribe to:
Posts (Atom)
Berlalulah Ramadhan
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...
-
Hari Rabu yang lepas , lepas buat kerja di taiping, aku dengan seorang kawan ke rumah Kebajikan Nurkasih di Ulu Sepetang. Masa nak pi aku...
-
Pada 29hb Jun yang lepas ,rasanya semua sekolah mengadakan acara sukan sekolah. Sempat berbual dengan guru besar, memang padat jadual . Sepa...
-
Tragedi pada 7 Jun 1962 lenyapkan satu pertiga daripada pekan Port Royal di Jamaica SEKITAR jam 11.40 pagi pada 7 Jun 1692, bandar pelabuh...