DI sebalik gelak tawa dan senyuman manja itu, tersimpan satu penderitaan yang begitu sukar untuk digambarkan bagi seorang kanak-kanak seusia dengannya.
Siti Nurliyana Arsila Abdul Raob, 4, pada zahirnya menampakkan ciri-ciri seorang kanak-kanak yang manja dan periang. Malah riak wajahnya tidak langsung menampakkan yang dia sedang menderita mengalami sejenis penyakit yang dikenali sebagai Acute Exacerbation of Bronchial Asthma atau lebih dikenali dengan panggilan asma.
Anak kelima daripada enam orang adik-beradik ini telah mengalami penyakit itu sejak dari umurnya dua tahun. Bayangkan ketika kanak-kanak lain sibuk berpusu-pusu di padang permainan, dia pula sedang menunggu giliran untuk dipanggil namanya oleh doktor untuk mendapatkan oksigen.
Menurut ibunya, Rosmafatimawaty Othman, 38, oleh kerana terlalu kerap ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mengambil oksigen, dia sudah dikenali oleh doktor di situ dan kadangkala Siti Nurliyana tidak perlu lagi untuk menunggu giliran namanya.
“Doktor menyarankan supaya kami membeli peralatan mesin oksigen tersebut. Oleh kerana terlalu mahal dan mencecah harga sehingga seribu ringgit, maka terpaksalah kami melupakan hasrat tersebut,” ujar Rosmafatimawaty dalam nada hampa.
Ekoran ayahnya, Abdul Raob Jantan, 42, hanya seorang pekerja kilang yang berpendapatan bersih RM630 sebulan, maka terpaksalah mereka melupakan hasrat untuk memiliki mesin tersebut walaupun keinginan dalam hati meluap-luap untuk melihat anak mereka mendapatkan oksigen tanpa perlu berulang-alik ke PPUM.
Tambahan pula, hanya bapanya seorang yang bekerja dalam keluarga tersebut sedangkan pelbagai bayaran dan komitmen harus diambil kira setiap bulan.
Menurut bapanya, kos untuk mengambil oksigen di klinik swasta adalah sebanyak RM20 hingga RM30. Siti Nurliyana perlu mengambilnya sekurang-kurangnya tiga hari sekali bergantung pada keadaan cuaca. Jika terlalu sejuk, maka akan lebih kerap mereka ke PPUM.
Setiap malam, Rosmafatimaty tabah melihat anaknya itu menarik nafas dengan begitu terseksa. Menurutnya, Siti Nurliyana terpaksa menggunakan tiga biji bantal untuk tidur dan setiap kali hendak tidur, ibunya akan mengurut dadanya dengan minyak angin sehinggalah dia tertidur.Apakan daya, itu sahaja yang termampu dibuat oleh si ibu untuk melihat anaknya lena tidur.Walaupun berat untuk bapa membuka mulut meminta bantuan, tetapi akibat desakan hidup dan keperluan anak kesayangannya itu, Abdul Raob terpaksa jua meluahkan segala yang terpendam.
“Jika ada sesiapa yang sudi untuk menghulurkan bantuan kepada kami, ia amatlah kami alu-alukan. Kami tidak minta banyak, cukuplah sekadar mesin oksigen itu buat penyambung nyawa anak kesayangan kami ini,” ujar Abdul Raob dalam nada sebak.
Mungkin bantuan yang dihulurkan sedikit, tetapi jika dikumpul ia dapat meringankan lagi beban yang selama ini hanya ditanggung oleh mereka sekeluarga.
Bagi pembaca yang ingin meringankan beban Abdul Raob, anda boleh menghubungi isteri beliau di talian 0183987060. Buat masa sekarang HP rosak .Anda boleh SMS kepadanya .
Kisah Nurliyana pernah disiarkan dalam Utusan Malaaysia pada tahun 2006.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berlalulah Ramadhan
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...
-
Hari Rabu yang lepas , lepas buat kerja di taiping, aku dengan seorang kawan ke rumah Kebajikan Nurkasih di Ulu Sepetang. Masa nak pi aku...
-
Pada 29hb Jun yang lepas ,rasanya semua sekolah mengadakan acara sukan sekolah. Sempat berbual dengan guru besar, memang padat jadual . Sepa...
-
Tragedi pada 7 Jun 1962 lenyapkan satu pertiga daripada pekan Port Royal di Jamaica SEKITAR jam 11.40 pagi pada 7 Jun 1692, bandar pelabuh...
No comments:
Post a Comment