Salah guna duit derma

Oleh YUSRI ABDUL MALEK dan NORFAISAL JAHURIam@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Seorang nenek kesal kerana derma yang disalurkan orang ramai melalui tabung khas untuk membawa pulang anak bersama lima cucunya yang kini di Lombok, Indonesia, yang dilancarkan Biro Kebajikan Umno Kuala Linggi dua bulan lalu dan dianggarkan lebih RM1,000, kini hanya berbaki RM450 tanpa diketahui ke mana jumlah lebihan itu dibelanjakan.

Malah, nenek itu yang juga ibu tunggal, Salmah Mahmud, 67, dari Kampung Bukit Darat, Kuala Sungai Baru, dekat sini, tidak pernah menerima sesen pun wang berkenaan walaupun tabung itu ditubuhkan bagi membantu membawa anak keempat dan lima cucunya pulang ke negara ini selepas ada di Lombok kerana mengikut menantunya enam tahun lalu.Salmah pernah bertanya mengenai jumlah duit dalam tabung itu, tetapi jawapan diberi sungguh mengecewakan dan kini dia tidak lagi mahu mengharapkan bantuan biro berkenaan.“Biar saya cari wang sendiri. Saya tidak harapkan wang dari biro itu lagi. Cukuplah apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Salmah masih mengharapkan ada pihak sudi membantunya membawa pulang anaknya, Sanisah Abu Bakar, 33, dan lima cucunya yang mengikut suaminya pulang ke Lombok pada 2002 dan tidak pulang hingga kini.

Sebagai ibu tunggal yang tidak bekerja, tidak banyak yang dapat saya lakukan untuk membawa pulang anak dan cucu saya. Anak saya sering menangis minta dibawa pulang ke sini selepas tidak tahan menanggung derita akibat kemiskinan di negara orang,” katanya.Salmah berkata, anaknya tidak putus-putus menghubungi dan merintih supaya beliau berikhtiar mencari bantuan daripada mana-mana pihak yang sudi menolong.“Saya sudah kering air mata mendengar rintihan Sanisah yang merayu mencari wang untuk membawa dia pulang,” katanya.

Menurut Salmah, dia terharu pada mulanya apabila ada pihak sanggup membantu menubuhkan tabung khas untuk membantunya sejak dua bulan lalu.“Namun setakat ini jumlah sumbangan orang ramai hanya RM1,000, sedangkan jumlah diperlukan adalah RM10,000.“Saya harap impian bertemu Sanisah akan menjadi kenyataan. Hampir enam tahun kami tidak bertemu, makcik sangat merindui mereka. Makcik harap ada orang bersimpati dengan nasib saya,” katanya.Salmah berkata, Sanisah berkahwin dengan warga Indonesia, Widodo Cinasin, 35, yang berasal dari Lombok.Selepas beberapa tahun berkahwin atas restu keluarga dan dikurniakan anak, Salmah meminta izin mengikut suaminya pulang ke kampung halamannya di Lombok bagi bertemu mentuanya.

“Pada mulanya Salmah dan suaminya hanya merancang bercuti selama sebulan selepas keluarga mentuanya teringin mahu menemuinya, tetapi tidak pulang sehingga kini,” katanya.Sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Bank EONCAP di akaun 6089000578.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan negerin (Adun) Kuala Linggi, Ismail Othman, gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.

No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...