Gejala pembuangan bayi...membimbangkan

SHAH ALAM 19 Mac - Statistik pembuangan bayi sepanjang tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan angka yang amat membimbangkan apabila 29 kes dicatatkan walaupun suku pertama tahun ini belum berakhir.
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mumtaz Begum Mohd. Sultan berkata, kebimbangan itu berasas jika melihat rekod yang dicatatkan dan dibuat perbandingan dengan tahun lalu.

"Sepanjang 2010, jumlah kes buang bayi yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia adalah 43 kes.
"Bagi tahun ini pula, sepanjang tiga bulan pertama sahaja, sudah 29 kes termasuk kes terbaru di Pulau Pinang semalam di mana mayat bayi ditemui dalam keadaan cukup menyayat hati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi pandangan dalam forum bertajuk Buang Bayi-Apa Peranan Kita yang dikendalikan oleh penceramah Akhil Hayy sempena Kempen Amal Kami Prihatin anjuran pelajar Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini hari ini.

Tiga lagi ahli panel dalam forum itu ialah pensyarah Fakulti Perakaunan yang juga penceramah motivasi, Prof. Dr. Muhammad Kamil Ibrahim, Bendahari Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Orphan Care, Nor Aishah Osman dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Mohd. Farid Zuhri Ismail.

Forum tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian program itu dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Utusan Malaysia, Astro dan Karyawan.

Menurut Mumtaz Begum, daripada jumlah itu, masing-masing sembilan bayi lelaki dan perempuan dibuang.

"Baki 11 lagi tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat tidak sempurna dengan bahagian sulit tidak dapat dilihat kerana dimakan oleh haiwan dan sebagainya," katanya.

Mengenai tindakan JKM dalam membendung gejala itu, beliau berkata, ketika ini ada 104 Pegawai Kebajikan Daerah di 61 pejabatnya di seluruh negara yang sedia membantu.



sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm





************************************************************************************

Baru bulan 3 sudah 29 kes. Bermacam-macam forum, ceramah, seminar yang dah dibuat tapi masalah tak juga selesai. Mengapa ya?. Adakah langkah-langkah pencegahan hanya diatas kertas saja tanpa perlaksanaan, atau ianya tak sampai kepada pihak berkenaan.

No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...