Kayuhan Bendang>>>> Siput Gondang



Hari Sabtu lepas aku kayuh basikal cadang nak pi Sungai Patani naik bukit Kempas...Masa nak keluar dari taman, cuaca dah mendung. Aku memang dah rasa hari nak hujan tapi sebab dah lama tak kayuh.. jadi gian la pulak.  
 Memang hari hujan sungguh. Tapi aku sempat singgah kat satu kedai makan di Lahar Kepar..Pekena nasi lemak dengan teh O. Lepas hujan berhenti, aku sambung balik kayuh.. sampai satu tempat aku nampak telur siput gondang iaitu musuh kepada pesawah padi .Punyalah banyak..
 La ni bendang penuh dengan air selepas dibajak.
 Salah satu sebab aku suka kayuh di bendang ni sebab pemandangan cantik...Lapang semacam..

No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...