Kita dan lampu isyarat( Traffic light)

Kalau kita tengok di kawasan sekolah , ada traffic light untuk kanak-kanak melintas. Di kawasan perumahan-perumahan baru memang perkara pertama yang dikemukan oleh ibu bapa kepada persatuan perduduk ialah
" bila nak pasang traffic light kat lintasan ke sekolah ni , senang budak-budak nak melintas" 
Masa mesyuarat PIBG di sekolah , jika traffic light rosak , maka ibu-bapa menyuarakan rasa risau terhadap keselamatan anak-anak jika traffic light rosak.
Sebenarnya kalau semua rakyat Malaysia ni tahu undang-undang dan patuhinya maka tak perlulah membazir membina traffic light di lintasan ke sekolah . Sebabnya kawasan berhampiran sekolah sepatutnya kenderaan perlu diperlahankan. Semua sudah maklum kawasan sekolah murid-murid melintas. Apa yang aku perhatikan di kawasan taman perumahan banyak kenderaan tak berhenti di "zebra crossing " ni. Punyalah nak kejar masa ke pejabat lalu terus saja di zebra crossing  , kadang-kadang kanak-kanak terpaksa berlari melintas jalan.  

Kalau di luar negara datang ke Malaysia tentu dia kagum dengan kekayaaan negara kita sebab banyak traffic light. Sudahlah ada papan peringatan ( baca:  cost) ditambah pula dengan traffic light ( baca :cost). Ditambah lagi dengan cat zebra crossing ( baca: cost) . Kiranya untuk satu-satu tempat berapa agaknya harga yang dikeluarkan. Yang untung contractor lah. Kiranya sikap kita ni menolong para-para contactor untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka , kira ok lah tu. Jadi jangan lah dok kata kerajaan membazir duit buat itu ini. Padahal kitalah yang menyebabkan kerajaan berbuat demikian.


Nyaman saja depa meliontas jalan . Kereta pun berhenti tanpa bunyikan hon. Perhatikan hanya satu lampu sahaja di pasang( baca : cost murah)  menandakan laluan untuk orang melintas.

Yang ni lagi berserabut. Agaknya masa mesyuarat PIBG sekolah banyak Ibu bapa complaint kot, last-last buat macam ni .. puas hati.

No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...