Setiap hari Isnin dan Jumaat, kawasan di Permatang Tok Mahat Seberang Prai Selatan ni memang sibuk. Permatang Tok Mahat ni unik sebab dekat sungguh dengan Parit Buntar. Jalan yang dalam gambar ni adalah jalan sempadan antara negeri Pulau Pinang dan Perak. Pulau Pinang sebelah kiri dan Perak sebelah kanan.
Ok. Setiap hari isnin dan Jumaat ada pasar kain . Bagi orang perempuan..memang cacau( keliru) nak pilih mana idaman kalbu. Tudung, kain, kain ela, dan lain-lain yang berkaitan dengan kain ada jual disini.
Dan memang para pengunjung nya terdiri dari orang perempuan . Orang lelaki boleh menikmati teh atau kopi di warung berdekatan sementara menunggu "giliran" untuk balik. Dua tiga cawan teh pun belum tentu "giliran" sampai.
Penjualnya?. Ni best. Penjual terdiri dari orang Kemboja yang merantau disini. Sememangnya Parit Buntar memang banyak orang Kemboja yang berniaga kain dan berjaya. Kira dah jadi hartawan kain. Depa jual kain ..kita beli kain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berlalulah Ramadhan
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...
-
Hari Rabu yang lepas , lepas buat kerja di taiping, aku dengan seorang kawan ke rumah Kebajikan Nurkasih di Ulu Sepetang. Masa nak pi aku...
-
Pada 29hb Jun yang lepas ,rasanya semua sekolah mengadakan acara sukan sekolah. Sempat berbual dengan guru besar, memang padat jadual . Sepa...
-
Tragedi pada 7 Jun 1962 lenyapkan satu pertiga daripada pekan Port Royal di Jamaica SEKITAR jam 11.40 pagi pada 7 Jun 1692, bandar pelabuh...
No comments:
Post a Comment