Kayuhan Jejak Kasih di Bukit Birut, Pinang Tunggal

Berkumpul di depan Giat Mara, Permatang Tinggi B

Beberapa orang kawan baru memberi basikal, selalu kayuh di kawasan tanah pamah. Hari ni kami nak cuba kayuh mendaki Bukit Birut, Pinang Tunggal. Diantara basikal tu semuanya basikal baru. Maksudnya beli dari kedai. Hanya aku saja naik  basikal secondhand. hihi..
Kayuh melalui kawasan bendang memang menenangkan. Angin pun bertiup tak begitu kuat.

Teknik nak hilangkan penat ada bermacam-macam. Aku menggunakan teknik santai. Maksudnya jangan terlalu fokus dengan kayuhan. Nikmati pemandangan. kelajuan pun sekitar 18km/j-23km/j. Nasib baik geng aku yang kayuh ni pun bukan kaki pecut. Kalau tak ..jenuh nak ligan.( kejar)
Samapi di kaki Bukit Birut, abang Lan sedang memberi teknik-teknik kayuhan supaya tidak penat semasa mendaki. Antaranya ialah..jangan merasa penat.

Masa naik bukit, aku selalunya menggunakan teknik ZZ, zig zag. Dan dengan menggunakan teknik ni lah selalunya aku tertinggal.

Tu dia peserta yang ke ....sampai di puncak. Sapa punya botoi?.
Puncak Bukit Birut. Ikut cakap orang depa kata , Bukit Birut ni sebenarnya asal dari perkataan Biru. "T" tu mai dari mana,aku tak tau
Posing macam la naik ke puncak Kinabalu dengan basikal.
Barisan basikal.
Sebab apa dinamakan kayuhan Jejak Kasih. Sebab ni lah. Di tangki ayaq ni Zubir bertemu dengan rakan sekolahnya. Padahal dari bawah tadi dok kayuh sama-sama.  Bila sampai , batu tau rupa-rupanya satu sekolah. Keluaq semua cerita cikgu, rakan dan.tukang kebun

"Apa motif dia buat begini...’

Apa motif dia buat begini...’


ALOR SETAR - “Saya mahukan keadilan ke atas kematian anak saya yang tidak berdosa ini. Saya mahu tanya pada orang itu apa motif dia buat anak saya hingga mati,” kata K Vijayakumar, 33, bapa kepada mayat bayi yang ditemui dalam beg pakaian di tepi susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, menuju Plaza Tol Bandar Baharu, Sabtu lalu.

Katanya, kehilangan anak bongsu daripada empat beradik ini meninggalkan kesan mendalam pada keluarganya, dan mahu individu yang menganiaya anaknya itu dihadapkan ke muka pengadilan.

“Saya hanya mengetahui kematian anak saya pagi semalam, setelah dihubungi isteri kerana berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja. Saya bergegas pulang untuk membuat pengecaman mayat setelah mendapat maklumat bahawa bayi yang dijumpai dalam beg itu kemungkinan anak saya,” katanya, ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sekitar 8.30 malam untuk menuntut mayat anaknya, V Seshagary, yang genap 9 bulan, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini isterinya, Kavitha d/o Munisami, 35, sudah membuat pengecaman mayat menerusi gambar mayat yang diambil pihak polis, dan hari ini (semalam) mereka hadir ke bilik mayat HSB untuk pengecaman semula.

“Kali terakhir saya bertemu anak saya minggu lalu ketika membawanya untuk pemeriksaan bulanan, iaitu pada 20 April,” katanya yang menetap di Taman Indah Sakti, Bercham, Ipoh, Perak.

Vijayakumar berkata, dia tidak mengesyaki kejadian buruk menimpa anaknya itu ekoran rakan keluarga mereka yang juga suspek, sering kali membawa Seshagary bersiar-siar atau bermalam di rumahnya. Namun setelah beberapa hari tidak memulangkan anaknya, isterinya cuba bertanya kepada suspek, namun pelbagai alasan diberikan sehinggalah Sabtu lalu.

“Bila isteri tanya bila mahu pulangkan anak, dia kata sekejap lagi. Suspek mengambil anak saya pada Jumaat lepas dan berjanji akan pulangkan pada Sabtu, namun apabila polis menjumpai mayat dalam beg yang menyerupai anak kami, isteri mula syak,” katanya.

Menurutnya, anaknya yang dipanggil ‘P Ramlee’ oleh keluarga suspek amat menyenangi bayi itu dan amat rapat dengan semua ahli keluarga itu.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Helmi Aris berkata, terdapat kesan lebam pada bahagian kepala mangsa, namun tiada unsur-unsur penderaan dilihat pada tubuh mangsa.

“Kita akan buat siasatan lanjut jika ada perkembangan kes ini. Polis menyiasat motif kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kematian kanak-kanak,” katanya.

Menurut sumber polis, suspek bersama salah seorang saudaranya berusia 30an telah ditahan polis di Taiping untuk siasatan lanjut.

“Kedua-dua suspek kini diserahkan kepada Balai Polis Bandar Baharu untuk diambil keterangan,” katanya.

Pada 23 April lalu, mayat kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan setahun, dipercayai keturunan India ditemui dalam beg pakaian di tepi susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, menuju Plaza Tol Bandar Baharu. Beg berwarna hitam yang ditinggalkan di tepi tiang lampu di sebalik pokok bunga ditemui kira-kira jam 5 petang oleh dua pekerja PLUS sebelum memaklumkan kepada seorang penarik kereta yang kebetulan melalui laluan itu.

 *********************************************************************************
Bayi yang kecil selalu menjadi mangsa kemarahan. Mereka tidak berdaya untuk mempertahankan diri , hanya mampu menahan kesakitan dan menangis minta supaya dikasihani supaya tidak didera. Tetapi setakat manalah kudrat seorang bayi berbanding dengan kekuatan orang dewasa.
Apa punca yang menyebabkan kes-kes penderaan dan pembunuhan bayi ini berlaku? Mungkin nilai kemanusian masyarakat Malaysia sekarang sudah tidak ada lagi kerana tekanan hidup ?

IMP - Islamic Manufacturing Practice



Hari isnin yang lepas , aku ada tugasan di Ipoh. lepas habis aku singgah sebentar di Kuala Kangsar untuk melihat kilang IMP ni . Sebabnya banyak aku dapat tau yang kilang ni lain dari yang lain. Apa yang lain dari yang lain tu lah aku berminat sangat nak pi tengok.

Aku dengan beberapa kawan aku sampai pun dah petang. Masa orang pejabat dah nak balik. Kami dengan muka selamba masuk ke kilang. Mungkin sebab masa tu kami pakai baju unifom nampak macam koperat la sikit.

Berjumpa dengan Ustaz Ahmad Tajuddin ( pengasas IMP) Encik Rahimi Hassan ,Ketua Unit pengilangan, dia menerangkan kat kami bahawa IMP ni adalah adalah sat piawaian atau standard untuk menghasilkan barangan produk bertaraf "HALAAN THOYYIBA". Maknanya barangan yang mempunyai piawaian IMP ni bukan sahaja halal dari segi "resepinya" malah suci dari segi rohaninya.


 Ustaz Ahmad Tajuddin no 3 dari kiri dan En Rahimi Hassan no 1 dari kanan.

 IMP memang menjaga keperibadian pekerja-pekerjanya. Buku Log Solat ni akan merekodkan nama-nama pekerja yang mendirikan solat. Ustaz Ahamd Tajuddin juga memberitahu bahawa pekerja -pekerja disini dinasihatkan supaya sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Jika batal ambik wuduk semula. Jadi barangan atau produk yang dihasilkan adalah hasil dari orang yang berwuduk.
Banyak ilmu yang kami dapat dalam pertemuan yang singkat tu. Misi Ustaz Tajuddin ni adalah untuk membaiki akhlak orang-orang Islam yang dah banyak "tercalar" akibat permakanan. Memang tak dinafikan memang makanan adalah punca baik atau buruknya peribadi atau aklak seseorang itu.

Berdekatan kilang ni ada kedai koperasi yang menjual barang-barang harian yang dikeluarkan oleh IMP. Kalau nak pergi ke kilang ni . Dari Tol Kuala Kangsar jalan terus saja..sampai ke Taman Perindustrian  IKS MIEL berkedatan dengan kolej komuniti.

Pesanan dari Ustaz.... minta isteri dirumah apabila memasak untuk keluarga pastikan dalam keadaan berwudhu..kerana makanan itu lah yang akan dimakan oleh ahli keluarga.

Air Terjun Junjong, Kulim ,Kedah Darul Aman

 Air Terjun Junjung terletak diselatan negeri Kedah. Bersempadan dengan negeri Pulau Pinang. Jika dari Kulim, simpang Jalan Junjung terletak berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Kulim. Bayaran yang dikenakan ialah RM2.00 untuk kereta dan RM1.00 untuk motosikal. Selalunya aku sampai dulu sebelum pakcik yang kutip bayaran tu sampai.
Tempat mandi kanak-kanak.Tikar boleh dibentangkan disebelah kiri sungai

 Tempatnya memang sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Tempat mandi untuk kanak-kanak pun ada dan selalu tempat inilah yang menjadi tumpuan orang. Dengan air yang mengalir sejuk memang budak-budak cukup suka dengan kawasan ni. Lagi pun airnya tak kuat sangat, jadi keadaan taklah merbahaya sangat.


 Air terjun ni pulak terletak di bahagian lain. Kawasan ni pulak selalunya menjadi tumpuan anak-anak muda sebab air terjunnya memang kuat. Tapi cukup seronok kalau kita duduk dibawah air terjun tu..

 Kawasan kolam utama. Kiranya inilah kolam  yang paling luas di kawasan ni. Kadang-kadang sesak dengan orang.
 Dalam keadaan semujajadi yang menarik ,ada juga beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkenaan seperti keadaan tandas yang tidak sempurna. Pintu pun tak ada akan mengundang rasa tidak selesa pengunjung untuk menggunakan tanda ini.
 Bili persalinan juga tidak berpintu. Hanya penghadang saja. Nak tukar pakaian pun tidak selesa melainkan jika ada orang teman di luar.
 Keadaan dewan yang uzur. Dengan keadaan siling berlubang sana-sini. Jika dibaiki untuk boleh dijadikan sebagai dewan makan untuk syarikat atau sekolah yang melawat tempat ini.
 Surau yang pada aku juga perlu diberi perhatian. Sekurang-kurangnya cat semula untuk megembalikan keceriaan surau ini.

Keadaan dewan yang elok. Aku rasa ianya masih digunakan untuk acara-acara tertentu . Mungkin dari jabatan kerajaan.

Kebersihan memang dijaga. Walaupun dijaga sebagai pengunjung, janganlah buang sampah merata-rata. Kadang-kadang sampah terutama kertas surat khabar dan lampin pakai buang terdapat dimerata-rata. Jika kita nak datang lagi disini maka jagalah kebersihan tempat ini.

PPSMI - Penyakit yang diberi salah ubat.

English: Malay medium a success

2011/03/25

W.H., Kuala Lumpur

letters@nst.com.myShare

I REFER to letters that still raise the question of whether it was a wise move to have abolished the PPSMI (Teaching Mathematics and Science in English beginning from primary and secondary schools) and replacing it with MBMMBI (Memperkasa Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (strengthening the use of Malay, upgrading the teaching of English).

The debate may not be relevant anymore as the government has made the decision after careful consideration and getting expert opinions.

I remember attending a special session in Shah Alam organised by a Johor based non-governmental organisation early last year. The keynote address was by a respected senior professor from a university in the Klang Valley.

He said, a total of five times, that "those who think we can improve the children's English by teaching Maths and Science in English are "crazy" (the exact word used was gila).

I would like to share my experience and observations as someone who taught at tertiary level for 30 years and is now a pensioner.

I had my education in the English medium but I do not think or feel that my colleagues in the sciences (now full or associate professors) from Sekolah Alam Shah, who had obtained Masters and PhDs locally or overseas, are inferior to me.

Neither do I consider my sons, daughters and in-laws less competent because they had their education in the 1980s and 1990s in the national language (English medium was abolished by then).

I am very proud that Universiti Sains Malaysia and University Kebangsaan Malaysia, the pioneers in our national education system, have produced thousands of scientists and professionals, including specialists in medicine, dentistry, engineering or accountancy, who have contributed much to the development of our young nation.

Many of their graduates have been accepted to do postgraduate studies in almost any country in the world, even though they are from the Malay medium.

Of course, these above average students are also above average in competency in our second language, English.

Malay language (including bahasa Indonesia which originated from the Malay language) is the fifth widely spoken language (spoken by over 300 million people) in the world after English, Chinese (Mandarin), Hindi, and Spanish.

Since the last four decades, our academicians and language experts at Dewan Bahasa dan Pustaka and universities have worked together to develop it to be the language of mathematics, science and technology, drawing inspiration from English and the experience of Indonesia.

Of course, the importance of English was never neglected.

My personal observation among my students who studied social science is that those who are good in their command of English are also good in their subjects, and also have a good command of Malay.

The few students who are not good in English are usually those who also did not do well in their studies; neither are they good in their command of Malay.

My nine years experience of studying overseas (six years in Australia and three years in the United Kingdom) allowed me to conclude that the Australians and the British are rather impressed with the command of English among our students.

Some would lump Malaysians together with students from Singapore and Hong Kong as those who are most competent in English among foreign students.

I remember, that during orientation week, students from overseas were asked to sit for English competency tests, and those who did not score a certain mark had to undergo special English tuition for at least a semester or term. I do not remember any of our students having to do so.

I did some study on the subject of neuropsycholinguistics, the relationship between the function of the brain, learning and development.

To put it in a nutshell, research has revealed that our brain functions better, that is, it is more efficient and creative, if teaching and learning is conducted in the first or the national language of the country.

The success story of many European countries, including Russia and the Far East like Japan, Korea, and China, confirm the finding.

An intensive case study on Germany has pointed out that the country in the 16th and 17th century was backward and the Germans, especially the elite, suffered from inferiority complex.

The medium of instruction then was French as this was considered an international language and the language of progress.

But, a linguistic nationalist, Gottfried Wilhelm Leibniz (1646-1716), campaigned and popularised a new discovery that Germany could achieve progress like France, Germany, Britain, and Russia if it were to develop its own national language and use it as the vehicle for teaching and learning.

This, the German elite accepted and after Leibniz's demise, his theory was proven to be true.

In fact, I came across an article which quoted Minister Mentor Lee Kuan Yew of Singapore admitting that his two language policy of using English as the first language was a failure, as the young generation of ethnic Chinese and Malays were suffering from inferiority complex and the loss of pride and ethnic identity.
Some months ago, I read with great interest an announcement made by Datuk Seri Mustapa Mohamed, Minister of International Trade and Industry, that Malaysia had entered the prestigious club of the top ten most competitive nations last year, from 18th the previous year and further below some years earlier.

This is thanks to our National Education Policy and the young generation of professionals which the country has produced since the last four decades.

Read more: English: Malay medium a success http://www.nst.com.my/nst/articles/23gaga/Article/#ixzz1IwKvXZuG

*******************************************************************************
Memang tidak dinafikan bahawa Bahasa Inggeris itu penting di peringkat antarabangsa. Seseorang perlu menguasai bahasa itu untuk berkomunikasi dengan orang luar Malaysia yang tidak fasih atau memahami bahasa  kebangsaan.
 
Dalam perkara PPSMI ini aku tak nampak dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium untuk pelajaran Sains dan Matematik dapat meningkatkan tahap pengguasaan Bahasa Inggeris para pelajar sekolah. Mengapa perlu korbankan kedua-dua mata pelajaran itu?. Mengapa tidak panjangkan masa pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris?. Kalau nak berceloteh mengenai PPSMI ni memang tak habis . Sebabnya pejuang bahasa ada sebabnya sendiri untuk mansuhkan PPSMI dan PAGE pula ada sebabnya tersendiri untuk mempertahankan PPSMI.
 
Baru-baru ni PM ada mengatakan bahawa beliau akan memberi perhatian pada memo dari PAGE mengenai PPSMI. Maksudnya belum tentu lagi PPSMI akan dimansuhkan pada 2012.
 
Bagi aku senang saja tak payah pening-pening kepala. Perkara utama ialah kelemahan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah maka tumpukan saja kepada hal itu iaitu pembelajaran Bahasa Inggeris. Panjangkan masa dan tusyen percuma.
 
Panjang lagi nak tulis ni ...PAGE pun ada sebabnya...iaitu ..Bahasa Inggeris itu bahasa yang penting untuk pengetahuan.

Pengemis..


Helah Pengemis
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


mohdhelmi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Rindukan Myanmar, tetapi tiada wang untuk kembali ke negara asal. Itu antara alasan seorang warga asing di ibu kota yang mengemis di jejantas stesen monorel sebagai cara untuk memperoleh wang bagi meneruskan kehidupan di sini selepas hasratnya kembali ke negara asalnya tidak kesampaian.

Wartawan Metroplus yang menemubual lelaki Myanmar terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ali, 50-an berkata, dia sangat rindukan kampung halaman dan saudara-mara di negaranya, namun tidak berkemampuan pulang kerana tiada wang menyebabkannya terpaksa mengemis di sini.

Ali ketika ditemui di Stesen Monorel Titiwangsa mendakwa, setiap hari dia menjadikan stesen berkenaan dan deretan bangunan sebagai ‘lubuk’ memperoleh wang dan wang itu akan digunakannya bagi membeli makanan serta sebagai perbelanjaannya.

“Setiap hari saya akan mendapat RM20 hingga RM40 bergantung kepada rezeki. Saya tidak mampu bekerja kerana sudah tua, dengan hanya meminta sedekah memudahkan saya memperoleh wang.
“Saya juga tidak memiliki rumah menyebabkan saya berteduh di masjid sekitar ibu kota,” katanya.

Menurut Ali, sehingga kini lebih lima tahun dia datang ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial dan terbabit kegiatan mengemis itu sejak dua tahun lalu.

“Saya rindukan Myanmar dan berharap suatu hari nanti dapat pulang bertemu sanak saudara di sana,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Metroplus di Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib mendapati kebanyakan pengemis menunggu di tangga stesen monorel dan deretan bangunan bagi meraih simpati orang ramai.

Bagi peminta sedekah yang hanya dikenali sebagai ‘Pak Long’ yang berasal dari Johor, berkata dia tiada pilihan melainkan meminta sedekah demi mendapatkan sesuap nasi.
“Saya tidak memiliki keluarga dan rakan, apa yang boleh dilakukan melainkan meminta sedekah,” katanya.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ketika dihubungi berkata, masalah berkaitan pengemis di ibu kota sukar dibendung kerana orang ramai masih memberi derma kepada pengemis terbabit.

Katanya, pihak JKM sentiasa melakukan operasi bersepadu berkala bersama pihak berkuasa tempatan (PBT), polis dan Jabatan Imigresen setiap bulan bagi mengurangkan kadar permasalahan itu.

“Selagi ada orang yang memberi derma selagi itu masalah ini tidak dapat diselesaikan,” katanya.

*********************************************************************************
Dulu banyak kali aku terserempak dengan budak-budak "Tahfiz" yang menjual kelender dan minyak sapu. Banyak berkeliaran di Kepala Batas ni di depan Bank Islam dan stesen minyak. Terbayang anak-anak kita  
bila tengok budak-budak tu. Sekarang dah tak ada dah..

kayuhan pokok petai tidak "menangis" lagi


Hari Sabtu yang lepas, aku dengan abang Lan ronda-ronda dengan basikal kesayangan masing-masing iaitu Giant dan GT. Mulanya tak tau mana hala nak tuju..cadang nak dapat kayuhan dalam 20 km dan sebelum pukul 9.30 habis.

Lepas fikiaq-fikiaq.. kami nak kayuh ikut landasan keretapi dari Kubang Menerong ke Pinang Tunggal. Aku pun tak pernah lagi ikut laluan ni. Abang Lan dah banyak kali .
 Landasan berkembar dalam pembinaan di Kubang Menerong. Nasib baik semalam tak hujan . kalu tak mesti lecah ( becak)..

 Huh waktu ni angin kuat jugak.. jenuh jugak la nak mengayuh..Masa ni perut pun dah lapaq..Kami target nak shapedek (makan) kat satu gerai klasik .
 Tu dia .. syapedek tepi jalan saja. Kami balun 2 bungkus bihun dengan teloq rebus. Boss kedai ni memang peramah . Orang pangge dia pak Chot. Dia kata kedai dia hanya orang naik moto dengan basikal saja boleh singgah. Orang naik kereta tak boleh singgah...Aik memilih pelanggan ka Pak Chot ni...Dia kata orang naik kereta tak boleh singgah sebab tak dak tempat nak parking.. memang tepi jalan sungguh.
Lepas tu Abang Lan teringin pulak nak tengok pokok petai menangis yang popular masa dulu . Aku pun bawa la dia . Aku pernah mai sini masa meriah dulu. penuh orang di kawasan ni.Tapi la ni tah tak dak orang dah. Pokok pun dah tak " teriak" lagi. Berita pasai pokok ni ada di sini

aku suka kayuh di kawasan bendang , kampung sebab kawasan tenang , pemandangan pun menarik. Budak-budak pun kalau nampak kita ..siap angkat tangan..macam kita ni pro...hahah.
Lepas tu kayuh balik..Sampai rumah tengok meter 24km .. sampai pukul 9.45..Kira ok lah tu ..

Husin, Mon dan jin pakai toncit


Filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit adalah sambungan dari cerita Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Pulang ke Rumah.  Dari sambutan yang luar biasa filem HKLPR aku rasa filem ni tak ada masalah untuk mendapat penontonnya . Tetapi mungkin ada masalah dari kutipan .
Pak Jabit di hadapan kedai yang ada "Wai Fai"

Sebab ada masalah dari segi kutipan sebab ada Astro First. Ramai yang tunggu kat Astro dari menonton kat pawagam. Aku pun dah nampak dari awai lagi Astro first ni akan mempengaruhi kutipan wang dari penonton.
Poster :
Walaubagaimana pun aku rasa filem ni memang ni tunggu oleh ramai orang. Demam HKLPR memang melanda ramai orang. Banyak trademark yang diikuti oleh orang . Tak tau lah dalam filem ni ada tak lagi dialog-dialog yang akan  diikuti lagi. Kalau diulang lagi dialog yang lama takut nanti orang bosan la pulak.
Ceritanya ....................
Agak-agak lagu apa yang akan popular ..Lagu Soley-soley dah popular gara-gara filem HKLPR..

Pasar berbisik di Kuala Muda ( Kuala Muda Whispering Fish Market )

Tempat ni dah banyak kali aku mai, cuma marka aku saja yang tak pernah ke sini. jadi pada suatu hari aku pun bawa dia pi pasar bisik kat Kuala Muda, Kedah, tempat yang kena tsunami pada tahun 2004 dulu.
Masa kami sampai orang tak ramai lagi. Aku pun tak plan nak beli ikan ..saja tengok-tengok depa berbisik-bisik.

 Para nelayan ni bawa hasil tangkapan untuk dibisik..
 Aksi pertama berbisk yang dapat dirakam..Waktu ni nak dengaq berapa pun payah ..Dok tala telinga pun tak dengaq jugak.
 Lagi aksi berbisik yang di rakam..
 Agak-agak berapa harga ikan ?..Mari berbisik..aku tau ..harga ikan ni berapa..
 Yang ni berat lebih kurang 25 kilo..harga ...tak dan aku nak pasang telinga
 Marka suruh beli jugak ikan sebab teruja tengok ikan yang baru-baru naik dari laut...Aku pun cari plastik pi lah kat bot-bot sebab cadang nak beli buat makan tengah hari saja.
Aku beli ikan kat depa ni.. Sua plastik ,depa boh ikan....
Punyalah banyak...boleh bagi-bagi  kat jiran-jiran lagi..Ada satu kedai makan kat tepi tu..depa kata gulai ikan sedap.. Mungkin satu hari nanti aku boleh try kat situ.

Les'Copaque ..Pada Zaman Dahulu

Les'Copaque memang dah dikenali dengan Upin dan Ipin..Sekarang ni team depa dok sibuk nak keluarkan satu lagi cerita animasi Pada zaman Dahulu.
Aku tak tau samaada animasi ni untuk filem atau pun siri TV..
Dari gambar-gambat yang terdapat di http://www.padazamandahulu.com/topsecret/.  Aku pun tak sabar jugak nak tonton animasi ni.
Apa yang aku nampak bidang animasi ni memang satu bidang yang mempunyai peluang yang cerah di masa hadapan di Malaysia. ..Filem-filem kita pun dah banyak menggunakan teknik CGI. save budget..

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...