Apa motif dia buat begini...’
ALOR SETAR - “Saya mahukan keadilan ke atas kematian anak saya yang tidak berdosa ini. Saya mahu tanya pada orang itu apa motif dia buat anak saya hingga mati,” kata K Vijayakumar, 33, bapa kepada mayat bayi yang ditemui dalam beg pakaian di tepi susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, menuju Plaza Tol Bandar Baharu, Sabtu lalu.
Katanya, kehilangan anak bongsu daripada empat beradik ini meninggalkan kesan mendalam pada keluarganya, dan mahu individu yang menganiaya anaknya itu dihadapkan ke muka pengadilan.
“Saya hanya mengetahui kematian anak saya pagi semalam, setelah dihubungi isteri kerana berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja. Saya bergegas pulang untuk membuat pengecaman mayat setelah mendapat maklumat bahawa bayi yang dijumpai dalam beg itu kemungkinan anak saya,” katanya, ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sekitar 8.30 malam untuk menuntut mayat anaknya, V Seshagary, yang genap 9 bulan, hari ini.
Menurutnya, sebelum ini isterinya, Kavitha d/o Munisami, 35, sudah membuat pengecaman mayat menerusi gambar mayat yang diambil pihak polis, dan hari ini (semalam) mereka hadir ke bilik mayat HSB untuk pengecaman semula.
“Kali terakhir saya bertemu anak saya minggu lalu ketika membawanya untuk pemeriksaan bulanan, iaitu pada 20 April,” katanya yang menetap di Taman Indah Sakti, Bercham, Ipoh, Perak.
Vijayakumar berkata, dia tidak mengesyaki kejadian buruk menimpa anaknya itu ekoran rakan keluarga mereka yang juga suspek, sering kali membawa Seshagary bersiar-siar atau bermalam di rumahnya. Namun setelah beberapa hari tidak memulangkan anaknya, isterinya cuba bertanya kepada suspek, namun pelbagai alasan diberikan sehinggalah Sabtu lalu.
“Bila isteri tanya bila mahu pulangkan anak, dia kata sekejap lagi. Suspek mengambil anak saya pada Jumaat lepas dan berjanji akan pulangkan pada Sabtu, namun apabila polis menjumpai mayat dalam beg yang menyerupai anak kami, isteri mula syak,” katanya.
Menurutnya, anaknya yang dipanggil ‘P Ramlee’ oleh keluarga suspek amat menyenangi bayi itu dan amat rapat dengan semua ahli keluarga itu.
Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Helmi Aris berkata, terdapat kesan lebam pada bahagian kepala mangsa, namun tiada unsur-unsur penderaan dilihat pada tubuh mangsa.
“Kita akan buat siasatan lanjut jika ada perkembangan kes ini. Polis menyiasat motif kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kematian kanak-kanak,” katanya.
Menurut sumber polis, suspek bersama salah seorang saudaranya berusia 30an telah ditahan polis di Taiping untuk siasatan lanjut.
“Kedua-dua suspek kini diserahkan kepada Balai Polis Bandar Baharu untuk diambil keterangan,” katanya.
Pada 23 April lalu, mayat kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan setahun, dipercayai keturunan India ditemui dalam beg pakaian di tepi susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, menuju Plaza Tol Bandar Baharu. Beg berwarna hitam yang ditinggalkan di tepi tiang lampu di sebalik pokok bunga ditemui kira-kira jam 5 petang oleh dua pekerja PLUS sebelum memaklumkan kepada seorang penarik kereta yang kebetulan melalui laluan itu.
*********************************************************************************
Bayi yang kecil selalu menjadi mangsa kemarahan. Mereka tidak berdaya untuk mempertahankan diri , hanya mampu menahan kesakitan dan menangis minta supaya dikasihani supaya tidak didera. Tetapi setakat manalah kudrat seorang bayi berbanding dengan kekuatan orang dewasa.
Apa punca yang menyebabkan kes-kes penderaan dan pembunuhan bayi ini berlaku? Mungkin nilai kemanusian masyarakat Malaysia sekarang sudah tidak ada lagi kerana tekanan hidup ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berlalulah Ramadhan
Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...
-
Hari Rabu yang lepas , lepas buat kerja di taiping, aku dengan seorang kawan ke rumah Kebajikan Nurkasih di Ulu Sepetang. Masa nak pi aku...
-
Pada 29hb Jun yang lepas ,rasanya semua sekolah mengadakan acara sukan sekolah. Sempat berbual dengan guru besar, memang padat jadual . Sepa...
-
Tragedi pada 7 Jun 1962 lenyapkan satu pertiga daripada pekan Port Royal di Jamaica SEKITAR jam 11.40 pagi pada 7 Jun 1692, bandar pelabuh...
No comments:
Post a Comment