kayuhan pokok petai tidak "menangis" lagi


Hari Sabtu yang lepas, aku dengan abang Lan ronda-ronda dengan basikal kesayangan masing-masing iaitu Giant dan GT. Mulanya tak tau mana hala nak tuju..cadang nak dapat kayuhan dalam 20 km dan sebelum pukul 9.30 habis.

Lepas fikiaq-fikiaq.. kami nak kayuh ikut landasan keretapi dari Kubang Menerong ke Pinang Tunggal. Aku pun tak pernah lagi ikut laluan ni. Abang Lan dah banyak kali .
 Landasan berkembar dalam pembinaan di Kubang Menerong. Nasib baik semalam tak hujan . kalu tak mesti lecah ( becak)..

 Huh waktu ni angin kuat jugak.. jenuh jugak la nak mengayuh..Masa ni perut pun dah lapaq..Kami target nak shapedek (makan) kat satu gerai klasik .
 Tu dia .. syapedek tepi jalan saja. Kami balun 2 bungkus bihun dengan teloq rebus. Boss kedai ni memang peramah . Orang pangge dia pak Chot. Dia kata kedai dia hanya orang naik moto dengan basikal saja boleh singgah. Orang naik kereta tak boleh singgah...Aik memilih pelanggan ka Pak Chot ni...Dia kata orang naik kereta tak boleh singgah sebab tak dak tempat nak parking.. memang tepi jalan sungguh.
Lepas tu Abang Lan teringin pulak nak tengok pokok petai menangis yang popular masa dulu . Aku pun bawa la dia . Aku pernah mai sini masa meriah dulu. penuh orang di kawasan ni.Tapi la ni tah tak dak orang dah. Pokok pun dah tak " teriak" lagi. Berita pasai pokok ni ada di sini

aku suka kayuh di kawasan bendang , kampung sebab kawasan tenang , pemandangan pun menarik. Budak-budak pun kalau nampak kita ..siap angkat tangan..macam kita ni pro...hahah.
Lepas tu kayuh balik..Sampai rumah tengok meter 24km .. sampai pukul 9.45..Kira ok lah tu ..

No comments:

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...