Melawat Pondok Tuan Guru Hj Mat Nahu , Sik



Keadaan pondok-pondok

Hari Ahad yang lepas aku ikut satu NGO Warga Kilang pi melawat satu perkampungan pondok di pendalaman Beris , Sik. Group WK ni memang terkenal dengan kerja-kerja amal yang depa buat..Blog Monier ni selalu aku lawat ..ada di sebelah ..Kami konvoi dengan beberapa biji kereta termasuk 4 wheel drive. Sampai kat sana aku jumpa dengan Mudir pondok tu Ustaz Kamil. Pelajar kat sini kira-kira 80 orang yang mai dari merata negeri ..Trengganu pun ada.
Fendy, aku, Monier, Satar, adik monier , Ustaz Kamil ( berkain pelikat),dan Bob.

 Ustaz ni bagitau yang budak-budak ni belajaq bukan untuk sijil atau apa apa kelayakkan "kertas" . tapi untuk belajar agama semata-mata .
Monier sedang memberi ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar ni ..

Dari apa yang aku tengok, selain dari barang-barang keperluan harian, pondok ni lebih memerlukan sumbangan untuk membina penginapan pelajar supaya lebih selesa lagi. Aku ada tinjau-tinjau dalam pondok2 kayu tu, bumbung berlubang , lantai pun dah reput. Jadi kalau ada mana2 oarang perseorangan ka , GLC ka , bank ka yang boleh memberi sumbangan dalam bentuk pembinaan penginapan untuk pelajar-pelajar ni.


BAZAR BUKU PULAU PINANG

Bagi mereka di Kuala Lumpur sememangnya bulan April ditunggu-tunggu oleh ulat bulu errr ulat buku. Sebabnya sebab ada PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR atau KLIBF ( Kuala Lumpur International Book Fair) pada 22 April hingga 1 May 2011. Aku pernah ke pesta buku di PWTC beberapa tahun yang lalu ..memangh syok.. banyak buku dengan harga murah ada di situ.
http://www.klibf.com.my/src/index.php

Bagi penduduk di utara pulak , syarikat adambook store mengadakan satu BAZAR BUKU PULAU PINANG pada 4 April hingga 10 April 2011 di Dewan Melinium Kepala Batas. Walaupun ianya tak sehebat di KL tapi aku rasa ianya dapat member peluang pada semua orang untuk nak daapatkan buku dengan  potongan harga......



Kita dan lampu isyarat( Traffic light)

Kalau kita tengok di kawasan sekolah , ada traffic light untuk kanak-kanak melintas. Di kawasan perumahan-perumahan baru memang perkara pertama yang dikemukan oleh ibu bapa kepada persatuan perduduk ialah
" bila nak pasang traffic light kat lintasan ke sekolah ni , senang budak-budak nak melintas" 
Masa mesyuarat PIBG di sekolah , jika traffic light rosak , maka ibu-bapa menyuarakan rasa risau terhadap keselamatan anak-anak jika traffic light rosak.
Sebenarnya kalau semua rakyat Malaysia ni tahu undang-undang dan patuhinya maka tak perlulah membazir membina traffic light di lintasan ke sekolah . Sebabnya kawasan berhampiran sekolah sepatutnya kenderaan perlu diperlahankan. Semua sudah maklum kawasan sekolah murid-murid melintas. Apa yang aku perhatikan di kawasan taman perumahan banyak kenderaan tak berhenti di "zebra crossing " ni. Punyalah nak kejar masa ke pejabat lalu terus saja di zebra crossing  , kadang-kadang kanak-kanak terpaksa berlari melintas jalan.  

Kalau di luar negara datang ke Malaysia tentu dia kagum dengan kekayaaan negara kita sebab banyak traffic light. Sudahlah ada papan peringatan ( baca:  cost) ditambah pula dengan traffic light ( baca :cost). Ditambah lagi dengan cat zebra crossing ( baca: cost) . Kiranya untuk satu-satu tempat berapa agaknya harga yang dikeluarkan. Yang untung contractor lah. Kiranya sikap kita ni menolong para-para contactor untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka , kira ok lah tu. Jadi jangan lah dok kata kerajaan membazir duit buat itu ini. Padahal kitalah yang menyebabkan kerajaan berbuat demikian.


Nyaman saja depa meliontas jalan . Kereta pun berhenti tanpa bunyikan hon. Perhatikan hanya satu lampu sahaja di pasang( baca : cost murah)  menandakan laluan untuk orang melintas.

Yang ni lagi berserabut. Agaknya masa mesyuarat PIBG sekolah banyak Ibu bapa complaint kot, last-last buat macam ni .. puas hati.

Pasar kain di Permatang Tok Mahat

 Setiap hari Isnin dan Jumaat, kawasan di Permatang Tok Mahat Seberang Prai Selatan ni memang sibuk. Permatang Tok Mahat ni unik sebab dekat sungguh dengan Parit Buntar. Jalan yang dalam gambar ni adalah jalan sempadan antara negeri Pulau Pinang dan Perak. Pulau Pinang sebelah kiri dan Perak sebelah kanan.
 Ok. Setiap hari isnin dan Jumaat ada pasar kain . Bagi orang perempuan..memang cacau( keliru) nak pilih mana idaman kalbu. Tudung, kain, kain ela, dan lain-lain yang berkaitan dengan kain ada jual disini.
 Dan memang para pengunjung nya terdiri dari orang perempuan . Orang lelaki boleh menikmati teh atau kopi di warung berdekatan sementara menunggu "giliran" untuk balik. Dua tiga cawan teh pun belum tentu "giliran" sampai.
 Penjualnya?. Ni best. Penjual terdiri dari orang Kemboja yang merantau disini. Sememangnya Parit Buntar memang banyak orang Kemboja yang berniaga kain dan berjaya. Kira dah jadi hartawan kain. Depa jual kain ..kita beli kain.

Kayuhan Bendang>>>> Siput Gondang



Hari Sabtu lepas aku kayuh basikal cadang nak pi Sungai Patani naik bukit Kempas...Masa nak keluar dari taman, cuaca dah mendung. Aku memang dah rasa hari nak hujan tapi sebab dah lama tak kayuh.. jadi gian la pulak.  
 Memang hari hujan sungguh. Tapi aku sempat singgah kat satu kedai makan di Lahar Kepar..Pekena nasi lemak dengan teh O. Lepas hujan berhenti, aku sambung balik kayuh.. sampai satu tempat aku nampak telur siput gondang iaitu musuh kepada pesawah padi .Punyalah banyak..
 La ni bendang penuh dengan air selepas dibajak.
 Salah satu sebab aku suka kayuh di bendang ni sebab pemandangan cantik...Lapang semacam..

MYVI 2011


Myvi terbaru dari perodua. Ada yang mengatakan ianya menggunakan engine 1.5L dimana harganya mungkin akan lebih mahal dari Myvi yang sedia ada.
Ianya nampak sporty dan kumpulan sasaran adalah golongan muda.

Gejala pembuangan bayi...membimbangkan

SHAH ALAM 19 Mac - Statistik pembuangan bayi sepanjang tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan angka yang amat membimbangkan apabila 29 kes dicatatkan walaupun suku pertama tahun ini belum berakhir.
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mumtaz Begum Mohd. Sultan berkata, kebimbangan itu berasas jika melihat rekod yang dicatatkan dan dibuat perbandingan dengan tahun lalu.

"Sepanjang 2010, jumlah kes buang bayi yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia adalah 43 kes.
"Bagi tahun ini pula, sepanjang tiga bulan pertama sahaja, sudah 29 kes termasuk kes terbaru di Pulau Pinang semalam di mana mayat bayi ditemui dalam keadaan cukup menyayat hati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi pandangan dalam forum bertajuk Buang Bayi-Apa Peranan Kita yang dikendalikan oleh penceramah Akhil Hayy sempena Kempen Amal Kami Prihatin anjuran pelajar Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini hari ini.

Tiga lagi ahli panel dalam forum itu ialah pensyarah Fakulti Perakaunan yang juga penceramah motivasi, Prof. Dr. Muhammad Kamil Ibrahim, Bendahari Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Orphan Care, Nor Aishah Osman dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Mohd. Farid Zuhri Ismail.

Forum tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian program itu dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Utusan Malaysia, Astro dan Karyawan.

Menurut Mumtaz Begum, daripada jumlah itu, masing-masing sembilan bayi lelaki dan perempuan dibuang.

"Baki 11 lagi tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat tidak sempurna dengan bahagian sulit tidak dapat dilihat kerana dimakan oleh haiwan dan sebagainya," katanya.

Mengenai tindakan JKM dalam membendung gejala itu, beliau berkata, ketika ini ada 104 Pegawai Kebajikan Daerah di 61 pejabatnya di seluruh negara yang sedia membantu.



sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm





************************************************************************************

Baru bulan 3 sudah 29 kes. Bermacam-macam forum, ceramah, seminar yang dah dibuat tapi masalah tak juga selesai. Mengapa ya?. Adakah langkah-langkah pencegahan hanya diatas kertas saja tanpa perlaksanaan, atau ianya tak sampai kepada pihak berkenaan.

Berlalulah Ramadhan

Ada dua perasaan bila tiba bulan Syawal. Satu, Perasaan gembira , bila tamatnya berpuasa dimana kita berjaya menunaikan ibadah puasa sebu...